BAB 44

78 9 0
                                    

"Kenapa dengan Janna?"

Izuwann mengeluh.

"Dia langsung tak balas chat dan tak angkat call."

"Kamu dengan dia bergaduh ke?"

"Tak bergaduh langsung dengan dia mami. Dia tiba-tiba nak minta putus. Entah lah serabut lah rasa" ucap Izuwan lantas menggosokkan rambut sehingga serabai.

"Kamu nak mami call dia?"

Izuwann berpaling. Matanya merah menahan tangis.

"Untuk apa mami?"

"Yelah untuk tanya kenapa dia sanggup buat kamu macam ni."

Air mata yang di tahan mengalir juga akhir. Dia mengesat kasar.

"Mami, Izuwann dah banyak kali tanya dia, dia hanya cakap saja nak putus."

"Saja nak putus?"

Izuwann hanya mengangguk kepala.

"Eh kejap lah, bagi mami call Janna dulu." Ucap Puan Azizah lantas telefon bimbit dikeluar kan dari dalam poket seluar.

Cepat-cepat Izuwann menahan.

"Buat apa mami? Tak payah lah"

Puan Azizah berpaling

"Mami tak suka tau orang buat anak mami macam ni. Mami kena juga masuk campur. Jangan halang mami." Ucap Puan Azizah dengan tegasnya. Cepat-cepat dia mendial nombor Janna.

"Hello"..........





"𝓐pa yang kau termenungkan tu Zack?" Sergah Malek.

Zack tersentak lantas berpaling.

"Kau ni memang masuk tak reti nak ketuk pintu dulu ke macam mana?"

"Eh aku dah ketuk dah pintu. Bila kau tak menyahut aku masuk lah."

Zack terdiam.

"Tapi aku tak dengar pun."

Kerusi yang berada disebelah di tarik kuat oleh Malek.

"Macam mana kau nak dengar kalau kau pun asyik termenung? Kau fikir apa? Ke kau teringat dekat someone?"

Zack mengeluh lantas bersandar disofa. Tangan disilangkan ke dada.

"Semalam aku nampak Janna. Dia makin cantik dah sekarang ni"

Dahi Malek berkedut.

"Janna?"

"Ye ex aku dulu. Ex yang aku tinggalkan sepuluh tahun dulu."

"Oh ya aku ingat. Kenapa dengan dia? Kau jangan nak cakap yang kau masih rindukan dia."

Zack tersenyum lantas mengangguk.

"Ye memang aku rindukan dia sangat. Aku bodoh dulu sebab dengar cakap mak aku untuk putus dengan dia. Sekarang ni kan, aku cuma tertanya-tanya, adakah dia sudah berkahwin.?"

"Kalau dia belum berkahwin?"

"Kalau dia belum berkahwin, aku nak propose dia untuk jadi isteri aku."

Malek terkejut. Ini lah salah satu perangai Zack yang dia tak suka.

"Oi kau gila ke apa mat, kau ingat dia tu masih nak dekat dia ke? Dulu kau ingat tak yang kau buang dia macam sampah sarap?"

Zack terdiam. Dia akui kesilapan dia dulu.

"Zack benda ni dah lama berlaku. Dah sepuluh tahun dah pun. Kau pun dah ada isteri baru kan?"

Zack masih lagi terdiam dan termenung. Dia akui selepas kematian Natasya, dia telah pun berkahwin lain. Tetapi sayangnya perasaan cinta itu tak pernah wujud. Bukan dia tak pernah buka hati dia untuk menerima mana-mana wanita lain, tetapi cintanya terhadap wanita yang bernama Janna tak boleh luput. Dia mengeluh perlahan. Dia memandang Malek.

"Sudah-sudah lah tu Zack. Kalau kau propose Janna sekali pun dia tak akan mungkin boleh terima kau lagi dah. Percaya lah cakap aku. Buat malu kau je nanti."

Benar apa yang malek katakan. Tetapi hatinya memberontak untuk mencuba. Mungkin ada sinar.

"Kalau kita tak cuba, kita tak akan tahu"

"Ye, aku tahu tu, tapi kau kena ingat satu benda tau. Kau buang dia terus tau tanpa kesalahan yang dia buat. Kau tak rasa ke yang dia tu berdendam dengan kau? Dengan family kau? Dan aku gerenti yang Janna tu tak akan terima kau sampai bila-bila. Tapi kalau kau nak mencuba, tak ada masalah. Kalau dia reject kau depan-depan, jangan menangis pulak bro."

"Habis tu aku nak buat apa?"

Malek menepuk dahi. Aih kusut lah.

"Zack, kau dah ada keluarga. Kau fokus dekat keluarga kau saja."

"Tapi kau kena faham Malek, walaupun aku berkahwin lagi, perasaan aku tak ada dekat Lailya. Hari-hari Malek aku teringat dekat Janna. Dari dulu lagi"

DENDAM ASMARATahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon