BAB 69

68 7 0
                                    

"𝓐akif kenapa notty sangat ni? Daddy kan tengah bersiap. Nak ikut daddy tak? Ke Aakif nak tinggal dekat rumah mama Ema?." Tanya Aman seakan mengugut.

Aakif lantas menggelengkan kepala. Dia yang tengah seronok berlari tadi, terus naik atas katil dan duduk. Purse hitam milik Aman yang terletak di atas meja di capai.

"Daddy nak duit, Nak beli toys."

Aman berpaling

"Kan dah banyak toys yang daddy beli dekat Aakif. Tak cukup ke?"

"Dania ambil toys Aakif."

Aman melangkah ke arah Aakif dan duduk disebelahnya. Dia mengira duit gaji yang dia dapat semalam.

"Nah daddy bagi sepuluh ringgit kat Aakif tau."

Aakif terus mengambil duit tersebut lantas bersorak kegembiraan.

"Yeayy!!" Jerit Aakif.

Aman Naqib hanya tersenyum melihat telatah anak kesayangan itu dan dalam masa yang sama dia masukkan kembali duit ke dalam purse.

"Eh apa ni?" Tanya Aman sendirian.

Berkali-kali dia cuba untuk menutup purse tersebut tetapi seperti di sekat oleh duit syiling. Dia terpaksa mengeluarkan duit kertas tersebut. Seingat dia, dia tak pernah simpan duit syiling dalam purse. Dia terbalikkan purse tersebut dan.

Ting.....

Objek yang jatuh dari dalam purse Aman bergolek ke pintu bilik mandi. Dia cepat-cepat melangkah dan mengambilnya. Dahinya berkerut seribu selepas melihat loket berbentuk love.

"Datang mana loket love ni?" Tanya Aman sendirian.

Tanpa dia sengaja, Aman Naqib terbalikkan loket itu dan ada sekeping gambar yang telah digunting dan terletak cantik di dalam loket tersebut. Dia memerhati gambar tersebut. Macam familiar tetapi dia tak mampu untuk mengingati. Dia melangkah ke arah pintu. Nama kembarnya di panggil.

"Amin!" Panggil Aman.

"Yo. Kenapa?"

"Eh kau sini jap."

Amin mengeluh. Dia memandang keatas. lambat-lambat dia naik tangga.

"Ye, kenapa?"

"Cuba kau tengok ni. Siapa eh?" Tanya Aman seraya menghulur loket tersebut.

"Aku tak pasti lah pulak siapa perempuan ni." Ucap Amin.

"Kejap kenapa loket ni ada sebelah je? Lagi sebelah mana?"

Aman memandang Amin di sebelah.

"Aku tak ingat lah."

Amin masuk ke dalam bilik Aman dan duduk ditepi katil.

"Ke perempuan yang tu?"

Aman berkerut dahi.

"Perempuan yang mana ni?" Tanya Aman

Amin memandang Aman dengan pandangan tak puas hati.

"Eh kau ni. Perempuan yang kau tinggal dulu tu lah."

Aman terus melangkah ke arah Amin.

"Maksud kau Janna ke?" Tanya Aman.

"Ya allah kau ni dah kenapa Aman? Sejak bila kau hilang ingatan ni?"

Aman mengarukan kepala yang tak gatal.

"Bukan lah, Aku memang tak ingat langsung wajah Janna."

"Memang lah kau tak ingat. Dulu tu kau dengan dia bukannya lama pun. Tahu-tahu kau dah ada awek lain kan?"

Lambat-lambat Aman mengangguk.

"Kau memang tak nak cari dia ke?"

"Aku tak tahu nak cari dia kat mana Amin. Canggung tu pun aku dah lama tak pergi. Nanti lah kalau turun kuala Lumpur nanti aku ingat nak singgah dekat Canggung. Nak tanya Eddy pasal benda ni"

"Tu lah. Aku harap kau dapat jumpa dia lah"

"Aku pun berharap yang dia dapat maafkan aku." Ucap Aman. Tak lama tu dia berpaling memandang Amin.

"Kalau dia tak maafkan aku macam mana eh? Dan kalau aku nak sambung balik hubungan dengan dia, kau rasa dia terima tak?"

"Pasal hubungan yang kau nak sambung tu aku tak pasti lah dia terima atau tak sebab yelah dia kena tinggal macam tu je kan. Kalau maaf tu aku boleh cakap kemungkinan besar dia akan maafkan kau kalau dia jenis yang pemaaf. Tapi kalau dia bukan yang jenis pemaaf, aku rasa sampai mati dia tak akan maafkan kau."

Aman termenung mendengar apa kembarnya cakap.

"Itu yang aku takutkan tu."

DENDAM ASMARAWhere stories live. Discover now