BAB 176

49 6 0
                                    

"Pasal kebongokkan Tuan Shahrul kau lah." Sampuk Hisham.

Shahrul terus bangun. Dia capai bag pinggang lalu dia gantung dekat bahu. Almaklumlah bila pakai uniform tak boleh nak gantung bag tu dekat pinggang. Dia terus melangkah ke arah Hisham dan Yusrizal.

"Sebelum aku hempuk mamat ni baik kita pergi cafe." Ucap Hisham.

Shahrul hanya ketawa dan melangkah ke arah pintu.

"Cepat lah." Ucap Shahrul.

Mereka bertiga terus melangkah ke arah cafe.








Janna memandu dengan kelajuan yang sederhana membelah kesesakan lalu lintas di ibu kota. Sesekali dia memandang cermin sisi untuk melihat kebelakang. Tak lama kemudian, dia memandang Hani yang berada disebelah.

"Kau okay tak kerja ni?" Tanya Janna.

Hani berpaling dan lambat-lambat dia mengangguk kepala. Janna sengaja ingin menghantar Hani kerja pada petang itu.

"Kau kalau tak boleh nak kerja, kau bagitahu dekat aku. Boleh aku tolong kau call HR kat tempat kerja kau tu."

"Insyallah boleh, jangan risau okay. Apa-apa nanti aku akan bagitahu dekat kau."

Janna hanya menganggukkan kepala.

"Janna" panggil Hani perlahan.

Janna berpaling memandang ke arah Hani sekilas.

"Ye."

"Kalau macam aku nak putus dengan Fikri, kau okay tak?"

Janna berpaling memandang Hani di sebelah.

"Eh kenapa pulak?"

Hani terdiam. Dia memandang ke luar tingkap.

"Kalau ada masalah nak cerita, cerita je. Tak payah nak pendam-pendam." Ucap Janna memulas stereng masuk ke bahagian parkir Hospital.

Hani mengangguk perlahan.

Janna melihat jam di pengelangan tangan.

"Masih ada masa lagi setengah jam. Nak cerita?"

Hani memandang Janna disebelah.

"Aku rasa yang buat aku ni Farah. Mungkin dia buat macam ni sebab nak aku putus dengan Fikri" ucap Hani.

"Kau rasa dengan kau putus dengan Fikri ni adalah jalan yang terbaik dan minah tu tak ganggu kau dah?

Hani mengangguk perlahan. Wajahnya redup seketika.

"Macam ni lah." Ucap Janna seraya memegang tangan Hani.

"Kalau kau rasa benda ini boleh bertahan, kau pertahankan. Kalau kau rasa dah tak boleh, kau kena decide dengan kerelaan hati. Aku tak nak kau buat benda ni nanti kau pulak yang menyesal."

"Macam yang kau cakap hari tu Janna. Farah tak akan berhenti buat aku. Benda ni sakit Janna"

Janna mengangguk tanda faham.

"Tak apa, segala kemungkinan yang terjadi selepas ini, kau kena redha dan menerima dengan hati yang tenang, Okay?"

Hani mengangguk perlahan.

"Ni kau nak hantar kau sampai ke dalam ke?"

Hani memandang sekeliling.

"Boleh juga."

"Okay jom." Ucap Janna seraya matikan enjin kereta.

DENDAM ASMARAWhere stories live. Discover now