BAB 24

81 10 0
                                    

Aman terus melangkah pergi. Selepas bayangan Aman hilang, Janna terus melangkah ke arah escalator yang berada dibahagian tepi. Sampai saja di food court, dia meninjau-ninjau makanan yang sedia ada. Pesanan dibuat. Akhirnya tempat duduk paling hujung menjadi persinggahan dia pada petang itu.





"𝓣ermenung apa tu?" Sergah Puan Cherry.

Jessica tersentak lantas berpaling memandang ke arah maminya, Puan Cherry.

"Mami ni terkejut lah Jess."

Puan Cherry menarik kerusi besi yang berbentuk daun lantas duduk disebelah Jess.

"Any problem? Tak nak share ke?" Tanya Puan Cherry.

"Hurm.... Aditya ajak married."

Dahi Puan Cherry berkedut.

"Siapa tu?"

"Kawan yang Jess berkawan sekarang ni. Dia ajak ada ajak Jess married lagi dua bulan."

"Really?" Tanya Puan Cherry sambil tersenyum.

Jessica hanya mengangguk kepala perlahan.

"What do you think, mami?" Tanya Jessica

"Why not, proceed saja lah."

Jessica terdiam. Tak lama tu dia memandang Puan Cherry. Wajahnya berubah.

"How about Janna? Kan Jess dan dia pernah janji nak berkahwin sekali? Dia tak marah ke?"

"Berborak apa? Kenapa sebut nama aku?" Sampuk Janna tiba-tiba.

Puan Cherry dan Jessica terkejut lantas memandang Janna yang tengah menarik kerusi dan duduk. Anggur hijau yang tersedia ada di atas meja dicapai lalu memakannya.

"Kau ni memang jenis datang tiba-tiba dan hilang tiba-tiba ke Janna? Nasib baik lah aku ni tak ada sakit jantung. Kalau tidak, confirm dah mati kejung aku kat sini." Omel Jessica geram dengan sikap kembarnya. Dia sendiri tak tahu bila masa kembarnya balik. Langsung tak dengar kereta. Selalunya nak nampak bayang memang susah waktu-waktu petang macam ni. Tiba-tiba petang ni muncul. Dia garu dagu yang tak gatal.

Janna tak hiraukan omel dari Jessica. Dia langsung makan satu persatu anggur hijau yang berada dalam pinggan. Sedap pulak.

"Kau dari mana ni?" Tanya Jessica.

Janna tak terus jawab, malah dia memandang anjing peliharan yang berada di dalam sangkar.

"Weh! Aku tanya ni. Kau dari mana?"

Janna berpaling memandang Jessica sekilas. Gelas yang berisi air kopi milik Puan Cherry diambil lantas dihirup. Cepat-cepat dia bangun dan belum sempat dia nak melangkah, gegendang telinga dia menangkap kata-kata Jessica.

"Aku nak berkahwin."

Langkah kaki Janna mati secara tiba-tiba. Dia berpaling.

"What?"

Jessica memandang wajah kembarnya yang kini berubah.

"Aku nak berkahwin." Ulang Jessica.

Janna terdiam.

"Kau dengar tak?"

"Dengan siapa?" Tanya Janna walaupun perlahan tetapi didengari oleh Jessica dan Puan Cherry.

"Aditya..."

"Mamat india yang kau ajak aku teman hari tu?" Pintas Janna sebelum sempat ayat Jessica habis.

Perlahan-lahan Jessica mengangguk kepala. Dia berpatah balik ke arah meja tersebut. Bag pinggang dibuka lantas dilempar ke atas meja. Oleh kerana itu, Puan Cherry mengurut dada kerana terkejut dengan sikap spontan anak sulungnya itu. Janna mundar mandir di hadapan Puan Cherry dan Jessica. Genggaman tangan Puan Cherry diperketatkan oleh tangan Jessica.

DENDAM ASMARAWhere stories live. Discover now