BAB 94

62 7 0
                                    

𝓚ring......

Janna berpaling memandang telefon bimbit miliknya. Dahinya berkerut seribu memandang nombor tanpa dia kenali. Panggilan tersebut tidak di sambut oleh Janna.

"Kenapa tak angkat?" Tanya Shahrul.

Janna memandang Shahrul yang tiba-tiba muncul entah dari mana.

"Malas" jawab Janna sepatah.

"Mama..." jerit Ryan seraya melangkah ke arah Janna. Tangan di depakan.

"Iye sayang. Aik siang tadi cakap dengan mama tak nak kawan dengan papa. Sekarang ni kawan dengan papa balik ke.?"

"Hekhekhek" ketawa Ryan.

"Boleh aku duduk?" Tanya Shahrul.

Janna hanya mengangguk. Dia pun tak pasti sama ada Shahrul nampak atau tidak anggukkan dia.

"Duduk lah."

Shahrul terus duduk di sebelah Janna. Dia turut memandang sawah yang terbenyang luas di hadapan. Walaupun malam, tetapi masih lagi jelas dimatanya.

"Rindu dia ke?" Teka Shahrul.

Janna berpaling memandang Shahrul.

"Siapa?"

"Tak tahu. Sama ada Zack atau Aman."

Janna ketawa perlahan.

"Selepas aku bertekad untuk melupakan kedua-duanya, rindu tu dah mati. Apatah lagi cinta terhadap mereka berdua. Dulu mungkin ye sebab silap aku kerana bagi seluruh cinta aku. Kenapa tanya?"

"Tak ada apa, Saja je tanya sebab tengok kau duduk sorang-sorang dekat luar ni."

"Oh tak ada lah, Dalam rumah penuh orang sangat aku kurang selesa. Sebab tu aku duduk kat luar ni. Lagi pun best sejuk je mata memandang sawah." Ucap Janna seraya memandang Ryan di sebelah ralit main telefon Shahrul.

"Andai kata kalau Aman tu datang balik dekat kau, kau akan terima dia?"

Janna mengeluh perlahan. Dia tak terus menjawab soalan dari Shahrul malah dia memandang sawah yang berada di hadapannya. Dia sendiri tak pasti tentang hatinya ketika ini.

"Janna."

Janna berpaling.

"Hmm. Aku tak ada jawapan tentang itu."

"Kenapa?" Tanya Shahrul. Hatinya tiba-tiba terasa berdebar.

"Apa yang dia buat dekat aku terlampau teruk. Sama seperti Zack tetapi cerita Zack lain. Dia berterus terang dengan apa yang dia nak buat tetapi Aman, dia terus hilangkan diri dia terus."

"Jadinya?" Tanya Shahrul.

"Jadinya untuk aku terima dia adalah tipis."

"Kalau dia bersungguh-sungguh nak dekat kau dan dia berjanji takkan lakukan hal yang sama?"

Janna ketawa perlahan.

"Janji? Kau sekarang bercakap pasal janji ke dengan aku? Segala janji aku dah tak nak percaya lagi dah. Kerana janji juga lah aku macam ni."

Shahrul turun dari pangkin dan melangkah ke depan. Janna hanya memerhati Shahrul dari belakang. Dia berpeluk tubuh.

"Papa nak pergi mana? Ayan nak ikut!!" Jerit Ryan tiba-tiba.

Shahrul berpaling dan dia melangkah ke arah pangkin semula.

"Papa tak pergi mana lah, ayan ni potong lah papa baru nak ambil feel."

Janna hanya ketawa perlahan.

"Alaa Ayan nak ikut." Rengek Ryan.

Shahrul memandang Janna. Dia suka sangat tengok senyuman di wajah perempuan itu.

"Aku nak tanya kau ni Shahrul."

"Tanya apa?"

"Hmm tak kan selama sepuluh tahun ni tak ada perempuan yang nak dekat kau macam Batrisya tu?"

"Ada." Jawab Shahrul sepatah.

"Habis tu? Kenapa tak cuba dengan mereka je? Bercakap pasal Batrisya tu, mana eh dia sekarang?"

"Shhhh"

"Kenapa?" Tanya Janna.

"Tu" tunjuk Shahrul sambil menjuih bibir.

Janna berpaling. Kelibat dua manusia tengah menuju ke arahnya.

"Haa!! Dating dalam gelap." Jerit seseorang.

Bila dengar je suara tu, dia dah dapat agak siapa.

"Report kat tok kadi." Ucap Fikri pulak.

"Pergi lah report. Boleh aku kahwin malam ni juga dengan Janna." Seloroh Shahrul.

DENDAM ASMARAWhere stories live. Discover now