BAB 17

85 11 0
                                    

"Kenapa kau kena pakai sport bra macam ni. Please don't do this Janna. Pakai balik" marah Shahrul.

Janna mengacip bibir menandakan tidak puas hati dengan sikap Shahrul. Sweater yang berada di tangan Shahrul, di rentap dengan kasar.

"Dah lah!" Ucap Janna terus melangkah pergi.

Shahrul mengetuk dahi.

"Shit" Ucap Shahrul lantas mengejar Janna dari belakang. Lengan kiri Janna di tarik membuatkan langkahnya mati. Shahrul berdiri di hadapannya.

"Okay, aku minta maaf. Aku tahu kau sekarang ni dalam fasa sakit hati di sebabkan mamat tu. Tapi jangan lah sampai kau kena buat macam ni. Kau tak boleh macam ini Janna" Ucap Shahrul lantas mengambil sweater yang berada di tangan Janna dan disarung ke tubuh Janna yang terdedah.

"Jangan kau nak rosakkan diri kau kerana lelaki tu. Dekat atas sana berapa banyak jantan-jantan yang memandang kau tadi. Kau kena lupakan Zack seperti mana dia lupakan kau. Kau tak boleh terus hidup dalam bayang-bayang Zack lagi. Lagi pulak dia sekarang dah berkahwin. Percaya cakap aku, akan ada seorang lelaki yang ikhlas memberi cintanya kepada kau suatu hari nanti."

Janna hanya diam sambil menundukkan kepala. Hatinya bagai di siat-siat oleh pisau yang maha tajam apabila dia dapat kad jemputan dari bekas tunangnya itu. Kenapa sampai macam itu sekali dia harus di perlakukan sebegini rupa? Apakah dosanya? Apa salah dirinya?

"Janna" Panggil Shahrul lembut.

Air mata yang mengalir di tubir mata di sekat dengan hujung sweater.

"Dah jangan menangis. Aku tak suka tengok kau macam ini. Ingat, aku sentiasa ada untuk kau dengan kau."

Janna mengangkat muka memandang wajah Shahrul didepan mata. Megat Shahrul Anuar. Seorang lelaki yang baik yang dia kenal. Tak pernah mengambil kesempatan tatkala dirinya berada dalam keadaan macam ini. Perlahan-lahan dia mengeluarkan jari anak didepan mata Shahrul.

"Janji?" Ucap Janna perlahan.

Shahrul tersenyum menampakkan garis gigi yang tersusun.

"Janji" Ucap Shahrul lantas memautkan kedua jari anak tersebut.

"Aku hantar kau balik eh?"

Janna hanya mengangguk saja. Dia sudah penat untuk mempertahankan. Akhirnya dia ikhlas melepaskan.

DENDAM ASMARAWhere stories live. Discover now