BAB 146

50 7 0
                                    

Janna berpaling.

"Janna! Woi apahal kau senyap?"

Janna hanya membaca text Hani dari luar skrin sahaja. Ketika itu dia tak ada terniat nak membalas text kawan baiknya. Dia terus bangun dan melangkah ke arah katil. Lambat-lambat dia rebahkan dirinya. Mata dipejamkan.

"Kenapalah kau muncul depan aku? Kenapa Kau muncul di saat aku nak menerima orang lain?." Ucap Janna perlahan.

Ringtone sorry seems to be the hardest word miliknya berdering membuat Janna sikit terganggu. Dia tahu yang menelefonnya ketika itu adalah Hani. Janna terus capai bantal dan menutup telinga. Akhirnya dia terlelap sendiri.






Jam sudah berdetik ke angka empat petang. Ramai tetamu-tetamu yang datang beransur pulang. Hanya tinggal beberapa orang saja yang masih ralit berborak dengan yang lain. Aman yang masih lagi berdiri di atas stage, melangkah ke arah meja untuk duduk hilangkan penat. Air yang tersedia ada di atas meja, Aman ambil dan meneguknya. Lancar mengalir di tekak. Dia memandang ke luar resort. Hatinya tertanya-tanya, ke mana Janna menghilang. Dia mengeluh perlahan ternyata Janna tak berminat untuk berjumpa dengannya lagi.

"Amin!"

Amin berpaling ke arah Aman. Dia mengangkat kening.

"Kenapa?"

"Aku nak keluar jap eh."

Amin yang tahu kemana kembarnya ingin pergi, lambat-lambat dia mengangguk kepala.

"Aakif ni?" Tanya Amin.

"Kau jaga jap. Aku tak lama ni kot." Ucap Aman lantas berlalu pergi.

Suraya yang baru masuk resort terus melangkah ke arah suaminya.

"Dia nak kemana tu yang?"

Amin tersenyum sumbing

"Biasa lah. Dia pergi cari Janna."

"Oo" ucap Suraya melangkah ke arah kerusi dan duduk.

"Risau lah tengok Aman tu."

Dahi Amin berkerut.

"Kenapa pula risau?"

"Iye lah, dia kan dah jumpa perempuan yang dia tinggalkan dulu. Saya tak pelik kalau tiba-tiba Aman tak nak ikut kita balik johor yang."

Amin ketawa perlahan.

"Apa lah awak fikir macam itu? Tak adalah, saya kenal sangat dengan kembar saya tu. Dia tak akan buat macam tu punya."

Suraya menjebikkan mulut.

"Yakin ke?"

Amin melangkah dan duduk di sebelah isterinya itu.

"Saya yakin yang Aman akan ikut kita balik johor. Takkan lah dia nak ikut perempuan tu pula. Lagi pun awak tengok sendiri kan semalam penerimaan perempuan tu macam mana dekat Aman. Nak pandang muka Aman pun tak nak."

"Halah perempuan yang, kalau di pujuk dah cair dah." Tungkas Suraya lagi.

"Mungkin awak ye kalau saya pujuk mesti cair. Tapi perempuan tu lama sayang dia kena tinggal. Saya tahu Aman tu tak akan give up. Tapi dia akan ikut kita balik."

Suraya kehilangan kata-kata. Dia memandang wajah suaminya dengan perasaan yang geram.

DENDAM ASMARAWhere stories live. Discover now