BAB 32

81 9 0
                                    

"Ye saya tahu tu darah. Angkat dia bik dan masukkan ke dalam bilik kamu."

Bibik Aseh terkejut.

"Ha?"

Datuk Hakim berpaling memandang ke arah bibik Aseh.

"Saya cakap angkat dia masuk ke bilik kamu. Pandai-pandai lah kamu mahu buat apa sama dia"

"Saya tak tahu tuan mau bikin apa. Saya ngak ngerti. Kita hantar saja ke rumah sakit tuan"

"Tak boleh. Cepat angkat dia."

Nak atau pun tak nak, bibik Aseh terpaksa akur. Kalau dia tetap membantah, nanti dia kena buang kerja. Perlahan-lahan dia melangkah ke arah Natasya dan mengheret tubuh Natasya yang lemah itu masuk ke dalam biliknya. Dia keluar semula dan mengambil mop. Lantai yang penuh darah itu, di mop sampai bersih. Dia kemudian masuk ke dalam bilik dan uruskan Natasya. Darah yang masih lagi mengalir Itu, di sekat dengan tisu.

"Bibik" panggil Natasya dengan lemah. Dia mengerang kesakitan.

Bibik Aseh berpaling.

"Ya buk Natasya"

"Arghh saya sakit bibik" rintih Natasya.

Bibik Aseh mengangguk tanda faham. Tapi dia tak mampu berbuat apa.

"Ya buk Natasya, bibik tahu. Tapi bagaimana caranya bibik mahu buat?"

Natasya menelan liur yang terasa sakit di kerongkong. Kepalanya berdenyut. Badanya sakit dan perutnya kini terasa memulas-mulas.

"Bibik, bibik bawa saya pergi hospital. Tolong bik, sakit sangat ni"

Bibik Aseh menggelengkan kepala berkali-kali.

"Bibik tak tahu buk Natasya. Lagi pulak nanti tuan tahu dan tuan marah sama bibik." Ucap bibik Aseh.

Dia memandang Natasya yang tengah menangung kesakitan yang teramat sangat.

"Tak apa buk Natasya. Bibik cuci darah ni dulu ye" ucap bibik Aseh lantas melangkah keluar dari bilik tersebut. Dia menuju ke bilik air dan mengambil beberapa kain.

Natasya tidak menjawab malah dengan sekelip mata dia tak sedarkan diri. Bibik Aseh kembali semula untuk mengelap darah yang masih lagi mengalir. Sesekali dia memandang wajah Natasya yang sedikit membiru.

"Buk Natasya." Panggil bibik Aseh perlahan.

Panggilan dari bibik Aseh tak ada respon dari Natasya. Bibik Aseh terkejut lantas keluar bertemu dengan Datuk Hakim.

"Datuk! Datuk!" Panggil bibik Aseh sambil mengetuk pintu.

"Kamu ni nak apa bibik?" Jerkah Datuk Hakim.

"Buk Natasya tak bergerak."

"Dah mati agaknya tu!" Laung Datin Sally dari dalam bilik.

Bibik Aseh memandang Datuk Hakim dengan pandangan yang simpati.

"Kalau dia mati kamu uruskan bibik."

Bibik Aseh terpingga-pingga. Lambat-lambat dia mengangguk tanda faham.







𝓗ari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan dan genap lah tiga tahun pernantian dia tanpa jemu. Tanpa jemu walaupun sesaat. Dia berharap pernantian ini tidak sia-sia. Dia mendongak memandang langit. Burung-burung terbang bebas menarik perhatiannya. Sudah kering air mata tangisi dengan apa yang terjadi. Segala benda semua tak kena. Sampai satu tahap, dia kena gantung kerja kerana prestasi kerjanya menurun kerana Aman Naqib. Dia menghembus nafas perlahan. Terimbas kembali bulan yang pertama.

"Assalamualaikum Abang Eddy"

Dj Eddy yang tengah set up barang-barang untuk karaoke malam nanti, berpaling.

"Eh Janna, lama tak nampak awak datang sini. Sorang ke?"

Dia hanya mengangguk lantas tersenyum.

"Aman mana?" Tanya Dj Eddy.

Janna tersentak seketika. Dia berpaling memandang orang-orang yang lalu lalang di hadapan Canggung. 'Bermakna Eddy tak jumpa Aman?' Teka Janna dalam hati

"Janna?" Panggil Dj Eddy lantas memetik jari dihadapan mukanya.

"Ye, Oh sorry. Sebenarnya saya datang sini nak tanya abang Eddy. Ada nampak Aman tak?"

"Eh, bukan Aman selalu dengan Janna ke?"

"Tak ada, last yang malam tu. Abang Eddy memang tak nampak dia ke?"

"Dah lama rasanya dia tak datang sini. Abang call dia pun tak dapat. Janna ada gaduh dengan dia ke?"

DENDAM ASMARAحيث تعيش القصص. اكتشف الآن