BAB 7

112 14 0
                                    

"Betina ni pun satu, dah putus sudah lah. Kenapa masih lagi terhegeh-hegeh. Tak malu betul." Bebel Datin Sally lantas melangkah keluar dari rumah.

"Kenapa diam Zack? I tak rasa sebab itu. Ke you ada perempuan lain?"

Air mata ingin mengalir, tetapi dia cuba untuk kawal dari mengalir. Dia tak akan tunjuk yang dia lemah di hadapan orang yang hancur hati dan perasannya ketika ini.

Belum sempat Zack ingin bersuara, dia terdengar jeritan Datin Sally dari jauh dengan nyaring. Janna tersentak lantas berpaling.

"Hey perempuan! Kau ni memang tak tahu malu kan? Datang rumah jantan lepas tu minta simpati. Bukan dah putus ke?"

Janna terkejut dengan apa yang Datin Sally ungkapkan. Dia sabarkan hati dan tersenyum lantas tangan di hulurkan untuk bersalam. Namun tangannya itu ditepis dengan kuat. Senyumannya mati serta merta.

"Dengar sini ye, Zack akan berkahwin bulan depan dan kamu pergi balik. Jangan jadi perempuan murahan sangat."

Janna memandang Zack yang kaku didepan mata. Tiada satu pun tanda Zack ingin mempertahankan. Janna tersenyum dan tanpa dia sedari, air matanya mengalir deras. Bukan mengalir kerana di hina oleh Datin Sally, tetapi mengalir kerana Zack tak mampu untuk mempertahankan orang yang pernah dia cintai suatu ketika dulu. Janna tersenyum lantas menganggukkan kepala tanda faham dan akhirnya dia melangkah pergi. Di situ tersimpan dendam yang kekal abadi terhadap semua lelaki.

"Wit wit"

Janna berpaling.

"Ye?" Tanya Janna lantas cepat-cepat dia capai Briefcase dan membukanya.

"Hurm buat-buat sibuk pulak. Tadi elok je termenung." Bebel Hisham.

"Mana ada lah. Ye nak apa Hisham?" Tanya Janna bersahaja

Hisham yang berada di depan pintu lantas memeluk tubuh.

"Jom Breakfast nak?"

DENDAM ASMARAWhere stories live. Discover now