BAB 191

58 7 2
                                    

"So you expect yang i akan terima you semula selepas you bertukar-tukar partner? Please lah Farah, hubungan kita dah lama dah berakhir. You dengan kehidupan you dan i dengan kehidupan i. Kenapa you mesti nak ganggu kehidupan i sedangkan i tak pernah nak ganggu you selepas kita putus"

"Tapi Fikri, i need you"

Fikri menggelengkan kepala.

"I dah tak perlukan you lagi dah. Faham sikit boleh tak?

Farah menghentak kedua tangannya ke meja membuatkan Janna berpaling.

"Apa masalah kau ni?"

Farah memandang Janna.

"Kau diam!"

Janna terus bangun berdiri.

"Kau tu yang perlu diam! Dah lah datang tak di jemput, lepas tu buat perangai bodoh dekat sini. Nak hentak-hentak meja apa masalah kau? Datang sini setakat nak gaduh pasal jantan, better kau balik lah. Semak lah aku tengok kau ni, apa jantan kat sebelah kau ni tak best ke?" Tanya Janna.

Farah terdiam. Terasa bahang panas di mukanya ketika di perli oleh Janna.

"Dah lah aku semak lah nak makan pun susah." Ucap Janna seraya melangkah keluar dari meja.

"Kejap-kejap" ucap Hani.

Hani terus bangun berdiri.

"Zack?"

Janna dengan yang lain terus berpaling.

"Halah! Ini bala apa pulak yang datang ni? Kau siapa?" Tanya Janna.

"Haa, erm saya bekas isteri Zack, Lailya"

Janna ketawa seraya menepuk dahi berkali-kali. Dia menggelengkan kepala.

"Okay-okay macam ni. Farah kau nak Fikri balik kan? Tak apa, kau ambil je dan aku pun dah tak nak ada kena mengena dengan Fikri lagi dah. So aku harap lepas ini kau tak perlu nak hantar santau dekat aku lagi." Ucap Hani.

"Jom Janna kita balik." Ucap Hani lagi seraya mencapai lengan Janna tetapi Janna masih lagi berdiri di tepi meja.

Janna memandang Farah bersilih ganti memandang ke arah Zack. Dia angkat kaki sebelah dan duduk di bucu meja makan. Tangan di silangkan.

"Mesti kau tertanya-tanya kenapa Hani tak mati lagi kan?" Tanya Janna memandang kukunya seraya meniup-niup kuku tersebut.

Farah terdiam. Dia menelan liur.

"Mesti kau cari siapa perempuan yang protect Hani tu kan? Mesti dalam hati kau membara-bara nak bunuh perempuan tu kan?" Tanya Janna seraya mengangguk kepala.

Dia memandang Farah dan tersenyum sumbing.

"Aku lah perempuan tu." Ucap Janna perlahan.

Janna turun dari meja dan berdiri di depan Farah. Farah pulak bertindak mengundur setapak kebelakang.

"Hubungan Hani dan Fikri dah berakhir. Kau Farah, kau Zack dan kau." Ucap Janna seraya menunjuk satu persatu.

Janna memandang perempuan di sebelah Zack. Perempuan yang merampas Aman darinya sepuluh tahun dulu. Dia ingat lagi wajah perempuan itu tetapi dia tak akan bertindak untuk melakukan hal yang bodoh sebaliknya dia ada plannya sendiri. Lambat-lambat Janna mengukir senyuman.

"Dan kau, berhenti menganggu orang yang tak ganggu hidup korang semua."

Janna melangkah dan merapatkan ke arah Farah dan juga Zack.

"Jangan kejutkan harimau yang tengah tidur. Korang berdua tahu apa yang aku mampu buat. You know me Zack." Ucap Janna perlahan.

Dia sengaja menepuk bahu Farah dan Zack lantas menghadiahkan senyuman untuk mereka berdua.

DENDAM ASMARAWo Geschichten leben. Entdecke jetzt