BAB 15

101 12 0
                                    

"Iye hari ini kau buat keputusan untuk ikut aku, nanti tahu-tahu dah ikut Manja. Kau ni bukan betul sangat Man."

Aman ketawa perlahan sambil menggarukan kepala yang tak gatal setelah di perli oleh Eddy. Apa nak dibuat.





𝕯ia mengeliat kecil. Rasa nyaman dan rasa ketenangan melanda ketika ini. Dia masih lagi berada di atas katil sambil berguling-guling mencari keselesaan. Hari ini bagi Janna ada lah hari yang paling best dalam hidupnya setelah lima hari mengadap jem. Mengadap kerja yang membuat dirinya stress. Sesekali dia termenung mengenangkan dirinya entah sampai bila akan jadi begini. Dia membungkam. Hatinya masih lagi sakit walaupun cerita cintanya itu sudah lama berlaku.

"Apa yang aku nak lakukan sekarang eh?" Soal Janna sendirian sambil matanya memandang siling putih.

Cepat-cepat kepala di gelengkan. Terasa betapa bodohnya dia masih memikirkan diri lelaki itu sedangkan lelaki itu belum tentu memikirkan diri nya. Janna terus bangun dan berdiri mengadap sliding door yang terbuka luas. Selepas subuh pagi tadi, dia sengaja membiarkan pintu itu terbuka supaya angin pagi yang menyegarkan masuk. Belum sempat dia ingin mengeliat, pintu biliknya di ketuk dari luar.

Tok.... Tok....

Janna berpaling.

"Ye?"

"Janna! Mami panggil sarapan!" Jerit Jessica tiba-tiba.

Dia mengeluh perlahan.

"Wey dengar tak ni?" Jerit Jessica lagi

Janna melangkah ke arah pintu dan tombol pintu di pulas kuat lalu di tarik dengan kasar. Terjojol muka Jessica Melissa selaku kembarnya tegak di muka pintu.

"Kau boleh tak kalau pagi-pagi jangan ganggu privacy aku?" Tempelak Janna tiba-tiba.

Jessica yang berada didepan pintu terdiam. Tak lama itu dia bersuara.

"Kau ni dah kenapa tiba-tiba nak marah aku? Mami yang minta aku panggil kau sarapan"

"Aku dah bagitahu aku tak nak sarapan. Aku nak duduk dalam bilik. Nak berehat." Ucap Janna tanpa memandang wajah Jessica.

Jessica berdengus kecil. Dirinya menjadi serba salah. Tidak di turuti apa yang maminya nak nanti di katakan anak tak mendengar kata. Bila di turuti, di cemuh dengan serigala jadian ni. Selepas putus tunang tempoh hari, jangan kata pegang, usik dengan hujung jari pun dah kena baham.

"Aku cuma tunaikan apa yang mami suruh. Kau ni, jom lah sarapan."

Janna mengeluh di depan pintu.

"Baik kau turun sebelum aku apa-apa kan kau Jess. Jangan ganggu aku, Terima kasih." Ucap Janna tegas lantas dia menutup pintu dengan kuat.

Jessica yang berada berdekatan dengan pintu, tersentak. Kepalanya di geleng berkali-kali. 'Apa kena dengan minah ni pagi ni? Tertelan terbuan ke apa?' Ucap Jessica dalam hati.

Dia terus melangkah ke dapur dan duduk di antara Puan Cherry dan Encik Thomas. Tak lama tu dia berdengus.

"Kenapa? Mana your sister?" Tanya Puan Cherry berpaling kebelakang.

Jessica memandang Puan Cherry sambil menguap nasi goreng kampung yang dibuat oleh bibik Aju.

"Mami, lepas ni Jess tak nak panggil dah serigala jadian tu sarapan pagi makan tengah hari dan petang bila dia cuti."

"La kenapa?"

Jessica lantas mengunyah makanan dan menelan.

"Mi, Jess kena marah tau tak. Sakit hati."

Encik Thomas yang tengah ralit makan terhenti dan ketawa sedikit.

"Daddy, apa ni ketawa." Marah Jess.

"Nothing."

Jessica berkerut dahi memandang Encik Thomas dan Puan Cherry bersilih ganti.

"Tipu. Mami....."

"Kenapa? Mami kan suruh kamu kejut Janna untuk sarapan. Mana dia?" Tanya Puan Cherry lagi.

"Mami, Jess dah kejut dah. Lepas tu dia marah Jess, dia cakap jangan ganggu privacy dia bila dia cuti. Hmmm"

"Siapa suruh kacau dia?" Tanya Encik Thomas.

"No bukan Jess yang nak kacau, mami yang suruh panggil."

"Ehem..."

Semua berpaling memandang ke arahnya.

"Tak nak sarapan sekali ke?" Tanya Puan Cherry.

Janna hanya menggelengkan kepala.

"Tak lapar." Ucap Janna segera melangkah ke ruang tamu bersama segelas air oren.

Encik Thomas berpaling.

"Wait Janna. Daddy ada benda nak bagi kamu ni."

Dia tak jadi melangkah lantas berpaling memandang ke arah Encik Thomas.

"Apa tu?" Tanya Janna lantas memandang sampul surat yang berwarna putih hitam.

Encik Thomas tak menjawab pertanyaan anak perempuannya itu, malah Encik Thomas sambung makan bersama yang lain. Janna masih lagi terkaku di tepi meja makan sambil matanya tepat memandang sampul tersebut. Perlahan-lahan dia mengambilnya. Belum sempat dia ingin membuka untuk baca isi di dalam, Puan Cherry menahannya.

"Mami harap kamu kuatkan hati okay?"

DENDAM ASMARAWhere stories live. Discover now