BAB 169

53 6 1
                                    

"𝓢aya minta maaf kalau benda yang awak hadap ni ada kena mengena dengan saya." Ucap Fikri perlahan.

Dia memegang kedua tangan Hani. Hani yang masih baring di atas katil dalam keadaan tak bermaya di tatap. Lambat-lambat Hani tersenyum.

"No lah, tak perlu minta maaf pun. Nak buat macam mana dah orang tak suka dekat saya"

Fikri memandang wajah pucat Hani.

"Awak kena santau tau bukan kena tumbuk Hani. Sumpah saya risau sangat-sangat dengan keadaan awak sekarang."

"Kenapa awak nak risau? Janna kan ada boleh tengok-tengok kan saya"

"Kalau macam dia sibuk kerja?"

Hani tersenyum memandang Fikri.

"Saya kenal Janna, Saya tahu dia akan ada dengan saya"

Fikri menganggukkan kepala. Tak lama selepas itu, dia termenung sambil memegang kedua tangan Hani.

"Hey." Ucap Hani seraya mencuit hidung Fikri

Fikri terus memandang Hani.

"Termenung?" Tanya Hani.

"Saya tahu siapa yang santau awak."

Dahi Hani tiba-tiba berkerut seribu.

"Siapa?"

"Menurut kata Janna, awak tak ada orang dengki kan? Sekarang ni yang dengki dengan awak adalah Farah. Dia kan tak suka saya bercinta dengan mana-mana perempuan."

Hani membetulkan baringan.

"Macam mana dia tahu saya dengan awak?"

Fikri mengeluh perlahan.

"Dia tu kan perempuan saiko. Mungkin dia upah orang suruh intip saya. Kemungkinan orang tu intip saya dan ada awak."

Hani mengangguk kepala tanda faham.

"Habis tu awak nak buat apa sekarang?" Tanya Hani sambil memandang wajah Fikri.

"Mungkin lah, mungkin saya akan bersemuka dengan Farah."

"Kalau bukan dia yang buat macam mana?"

Fikri terdiam.

"Saya yakin dia yang buat" ucap Fikri perlahan.








"𝓚enapa mak rasa tak sedap hati ni." Ucap Puan Hajar tiba-tiba.

Dia yang tengah lipat baju bersama anak keduanya, terhenti. Husna berpaling.

"Kenapa mak?"

Puan Hajar memandang Husna yang berada di depan.

"Cuba kamu telefon adik kamu tu. Risau lah jadi apa-apa dengan dia."

"Dua hari lepas orang baru je call dia mak. Elok je suara."

"Itu dua hari lepas, Hari ni hari ni lah. Lepas lipat baju ni tolong lah telefon adik kamu tu, Husna"

Husna mengeluh perlahan.

"Mak, Hani tu dah besar panjang dah. Tahu lah dia jaga diri dia. Mak tak payah lah risau sangat. Lagi pun dia duduk dekat je dengan kita. Kuala Lumpur dengan Selangor."

"Husna, walaupun dekat depan mata sekali pun, kalau Allah kehendak, maka jadilah dia. Kenapa susah sangat nak telefon adik kamu tu?"

"Tak susah pun mak, Orang boleh je telefon dia. Cuma tak nak mak susah hati. Mak tu dah lah ada darah tinggi. Insyallah Hani tu baik-baik saja"

Wajah puan Hajar berubah jadi redup. Husna yang tengah ralit lipat baju memandang ke arah puan Hajar. Dia mengeluh perlahan

"Okay lah mak, lepas siap lipat baju ni Husna telefon Hani, okay?"

Lambat-lambat puan Hajar mengukir senyuman. Sedikit sebanyak hatinya mula tenang.







"𝓞kay mak, Assalamualaikum" ucap Hani lantas menekan butang merah.

Dia memandang ke arah luar balcony. Fikirannya melayang entah kemana dan dia sendiri tak tahu.

"Haaa termenung!" Sergah Shahrul.

Hani berpaling dan tersenyum. Shahrul terus melangkah dan duduk di meja makan.

DENDAM ASMARAWhere stories live. Discover now