BAB 19

94 10 0
                                    

"You have to rest. Jangan fikir lagi okay?"

Puan Cherry memberi senyuman kepada suaminya.

"Thanks a lot." Ujarnya perlahan.

Encik Thomas hanya mengangguk kepala lantas tersenyum.

"Most welcome."




"𝓜alam ni aku nak menyanyi." Ucap Janna secara tiba-tiba

Shahrul dan Hisham berpaling dan memadang Janna pelik.

"Biar betul?"

Dia tersenyum melihat muka Hisham dan Shahrul pelik.

"Kenapa?"

"Tak ada lah. Kau kan tak suka menyanyi dah sekarang ni walaupun dulu kau pernah masuk pertandingan nyanyi."

Janna terdiam. Dia memandang jalan yang penuh dengan kenderaan walaupun jam sudah menunjukkan pukul 11 malam. Angin yang merembus mukanya sangat nyaman.

"Saja je nak menyanyi"

"Okay, kau nak menyanyi lagu apa?"

"Baldu biru mungkin."

"Serius lagu baldu biru?"

"Yep."

"Okay kita dah sampai. Nanti aku nak dengar kau menyanyi lagu tu"

"Tapi lagu tu kena duet. Siapa yang nak duet dengan aku, Kau ke?" Tanya Janna seraya memandang ke arah Shahrul.

Shahrul hanya ketawa.

"Haha! Aku tak pandai menyanyi lah gila."

"Eleh, mengada." Ucap Janna seraya duduk di meja yang terletak dibahagian tengah.

"Hisham nanti tolong ambil kertas kat situ eh. Aku nak catit lagu."

Hisham hanya mengangguk tanda faham. Selepas dia serahkan order, Dia terus melangkah ke arah seorang Dj yang duduk dibahagian tepi sebelah kanan. Tak lama kemudian dia berpatah balik sambil tersenyum.

"Kenapa tersenyum?"

"Aku tak sabar nak dengar kau menyanyi ler."

"Dah macam kau tak pernah dengar dia menyanyi kan." Ucap Shahrul

"Itu lah tu. Aku selalu melalak kat ofis tu apanya?" Sampuk Janna

"Ala, memang lah kau melalak, tetapi kau bukan bersungguh-sungguh pun menyanyi tu. Kau sengaja sumbangkan lagu tu."

Janna tergelak sambil menutup mulut dengan tisu.

"Tak adalah. Mana ada aku sumbangkan lagu tu. Aku malas betul nak nyanyi betul-betul. Ini pun aku tak pasti boleh ke tak aku nyanyi"

"Jangan ribut sudah lah. Dah lah kita jalan kaki datang sini." Ucap Hisham berseloroh.

"Ehhh kau, Biadap eh?" Ucap Janna dengan sisa ketawa masih ada.

Tanpa Janna sedar, ada seseorang sedang memerhati tingkah lakunya itu. 'Cantiknya senyuman dia'

"Okay sekarang ni kita ingin menjemput Janna ke depan. Lagu yang ingin disampai kan adalah, Baldu Biru."

Bunyi tepukan ke kiri dan kanan membuatkan hatinya rasa sedikit gementar. Dia memandang Shahrul.

"You can do it" Ucap Shahrul spontan.

Janna hanya mengangguk dan melangkah ke depan.

"Mana duet awak?" Tanya Dj Eddy

Janna berpaling kebelakang. Tanpa dia sengaja, dia terpandang lelaki yang dia jumpa tempoh hari. Mata bertentangan mata membuatkan hati rasa sesuatu. Sesuatu yang sukar ditafsirkan. Tiba-tiba lelaki itu mengukir senyuman terhadapnya. Cepat-cepat dia berpaling memandang ke arah Dj Eddy.

"Saya tak ada duet. Dj jadi partner saya, boleh?"

Dj Eddy hanya mengangguk lantas melodi Baldu Biru dimainkan. Dia memandang ke ke depan. Ramai pelanggan-pelanggan yang ada di Ala Canggung memandang ke arahnya.

"Sehelai baldu biru yang kau berikan dulu lambang cintamu itu. Kusimpan di kalbuku pasti jua ku buntu. Oh buntu"

Bunyi tepukan dihadapan membuatkan Janna lagi gemuruh. Dia cuba berpaling mengadap Dj Eddy. Nasib dia baik ketika itu, Dj Eddy tahu yang dirinya dalam keadaan gemuruh Dj Eddy melangkah dan berdiri disebelahnya.

"Cool okay." Bisik Dj Eddy.

Janna hanya mengangguk perlahan.

"Cinta si baldu biru yang kudambakan dulu, Ternyata hanya palsu"

Tengah dia melayan rentak melodi Baldu Biru, tiba-tiba matanya terpadang seseorang yang dia rindukan. Lelaki itu juga memandang ke arahnya. Hatinya tiba-tiba menjadi sakit bila teringat apa yang dah berlaku. Kenapa dia harus muncul didepannya ketika hatinya ingin membaik? Dadanya berombak kencang. Sakit hatinya semakin membuak-buak. Janna berpaling ke belakang dan menahan diri. Palang digenggam kuat. Api dendam yang dia simpan membakar seluruh hati dan jiwannya.

"Awak okay?"

DENDAM ASMARAWhere stories live. Discover now