BAB 95

61 7 0
                                    

Janna hanya ketawa. Dah lama rasanya dia tak melepak malam dengan buaya-buaya tua ni

"Eh Janna, kau nak kahwin ke dengan buaya? Shahrul tu buaya Kuala lumpur tau" ucap Hisham tiba-tiba sambil dia menyalakan sebatang rokok.

"Kau pun sama Hisham. Kau tu lagi lah tiga kali ganda buaya ha." Ucap Janna seraya ketawa.

"Sampai hati kau cakap aku buaya"

"Itu lah kenyataan dia, tak di ragui lagi." Ucap Janna.

"Kepala dia lah." Tingkah Hisham.

Shahrul dengan Fikri ketawa kuat.

"Mama." Panggil Ryan sambil menarik pipi Janna untuk memandang ke arahnya.

"Ye sayang" jawab Janna.

Dia menarik tubuh Ryan dan duduk di atas ribanya.

"Hmmm" rengek Ryan.

"Kenapa? Mengantok dah?" Tanya Janna perlahan. Tak nak menganggu tiga buaya itu tengah berborak.

Perlahan-lahan Ryan mengangguk.

"Jom masuk, tidur dengan mama nak?"

Ryan mengangguk lagi.

"Weh aku masuk dulu lah, Ayan dah mengantok dah."

"Okay-okay. Eh aku lupa, mak kau cari tadi" ucap Hisham.

"Oo yelah."

Janna terus melangkah meninggalkan mereka bertiga di pangkin.

"Tengah mengayat ke Shahrul?" Tanya Fikri.

"Hahaha tak ada lah. Saja je santai-santai ambil angin."

"Buang masa je dia mengayat, Bukan dapat pun." Bisik Hisham tetapi jelas di dengar oleh Shahrul.

"Aku dengar tu Hisham." Ucap Shahrul

Hisham dan Fikri ketawa sebab dapat kenakan Shahrul. Shahrul hanya mampu gelengkan kepala.

'Tunggu balik Kuala Lumpr nanti' omel Shahrul dalam hati.







"Assalamualaikum."

Semua orang yang berada di situ berpaling.

"Eh Aman?"

Dia mengangguk dan tersenyum.

"Weh! Lama betul tak jumpa kau. Kau apa cerita? Sihat?" Tanya Eddy sambil berpelukan.

"Aku sihat je."

"Kau balik duduk sini ke?" Tanya Eddy.

"Eh tak, aku balik jumpa dengan family aku. Ada hal keluarga, jadi alang-alang aku singgah sini nak jumpa kau."

"Jumpa aku?" Tanya Eddy.

Aman Naqib hanya mengangguk sambil memandang sekeliling. Ala Canggung Cafe ketara berubah. Tiba-tiba dia terpandang di suatu sudut. Walaupun situ dah berubah, tetapi ingatannya masih segar disudut itu lah kali terakhir dia bersama dengan perempuan itu.

"Aman." Panggil Eddy.

Lamunan Aman serta merta mati. Dia berpaling memandang Eddy.

"Ada apa nak jumpa aku?"

Dia melepaskan nafas.

"Aku nak tanya kau pasal perempuan tu. Kau ada jumpa dia lagi tak?"

Dj Eddy berkerut dahi. Otaknya memproses.

"Perempuan mana eh? Apa nama dia?"

"Janna"

Eddy terdiam.

"Oo Janna tu, Kenapa dengan dia?"

"Dia ada jumpa kau lagi tak?" Tanya Aman.

Eddy terfikir sejenak sama ada dia masih lagi berjumpa atau tak dengan perempuan itu. Lambat-lambat dia menggelengkan kepala.

"Selepas kejadian kat majlis kau tu, aku dah tak jumpa dia dah. Dia terus ghaib macam tu je. Tetapi selepas beberapa tahun tu dia ada text aku."

"Text? Bermakna kau ada nombor baru dia?"

Eddy terdiam. Dalam hatinya berbakul-bakul sumpah seranah terhadap dirinya kerana dia sudah terlepas cakap.

"Eh kau nak order apa-apa ke?" Tanya Eddy sengaja tukar topik.

"Eddy."

"Sorry Aman, Aku ada kerja sikit." Ucap Eddy seraya bangun.

Aman cepat-cepat menghalang.

"Eddy, bagi aku nombor dia tu boleh?"

Eddy menggelengkan kepala.

"Sorry bro, aku dah berjanji dengan dia yang aku tak akan bagi no dia kat siapa-siapa terutamanya kau. Itu yang dia pesan dekat aku."

Aman tergamam.

"Sampai macam itu sekali dia benci dekat aku, Eddy?"

"Kau buat dekat dia tu bukan benda yang kecik bro. Kau bagi harapan dekat dia, kau mungkir janji-janji kau, Kau tipu dia. Kalau kau dekat tempat dia, apa yang kau akan buat? Mungkin kau akan buat benda yang sama."

"Sebab itu lah sekarang ni aku datang jumpa kau sebab aku nak nombor dia. Aku nak call dia nak minta maaf dan aku nak jelaskan balik apa yang telah terjadi."

DENDAM ASMARAWhere stories live. Discover now