BAB 79

73 8 0
                                    

"𝓡amai ke mak jemput makan-makan untuk lusa ni?" Tanya Puteri Suria.

Cik Siah yang tengah leka mengelap pinggan hanya menggeleng.

"Mak tak ajak ramai pun. Saudara mana, kelurga Janna dan jiran-jiran je. Kenapa tu?"

Suria duduk mengadap Cik siah.

"Tak ada apa. Saja je tanya sebab orang ingat orang nak ajak kawan seorang dua, Boleh?"

"Eh kamu ajak lah kawan kamu tu. Ni Azli ada bagitahu tak pukul berapa dia sampai?"

Suria menggelengkan kepala.

"Tak ada pulak. Mak nak Suria tanya dekat Shahrul ke?"

"Haah yelah. Nanti tanya sekali yang Janna ikut tak."

Suria ketawa perlahan. Tanganya pantas mengambil timun dan makan.

"Risau betul bakal menantu dia tak datang ye?" Perli Suria.

"Mesti lah mak risau. Kalau boleh mak nak jumpa Janna tu. Dan nak sangat Shahrul tu dengan Janna berkahwin. Tapi itu lah, kena lah sabar, kan?"

"Tapi kan, tiga hari lepas bila Suria cakap pasal Janna dekat Abang Dan, kenapa muka dia berubah eh mak?" Tanya Suria pelik.

"Kamu cakap pasal apa?"

"Cakap pasal mak nak jodohkan Janna dengan Shahrul lah."

Lincah saja tangan Cik Siah mengelap meja.

"Tak tahu lah tu. Kamu tak tanya dia ke?"

Puteri Suria hanya menggelengkan kepala. Tiba-tiba dia mengetuk meja.

"Oh mak kau!" Latah Cik Siah. Kain buruk terlepas dari tangan.

"Hahaha!!"

"Apa kamu ni suria."

Suria masih lagi ketawa besar. Dia menekan-nekan perut yang terasa senak. Dia langsung tak menjangka yang mak dia terkejut sebegitu rupa.

"Mak ni, Haha."

"Dah lah malas mak nak layan kamu ni. Pergi tengok Ryan tu. Apa yang dia buat senyap je dari tadi." Ucap Cik Siah lantas bangun.

"Mak! Mak! Orang rasa Abang Dan tu suka dekat Janna lah mak."

"Kamu jangan nak merepek bukan-bukan Suria. Dengar dek Shahrul tu nanti bergaduh pulak dengan Dan tu."

Suria mengecilkan mata.

"Kenyataan lah mak."

Cik Siah menggelengkan kepala.

"Pergi tengok si Ryan tu."

"Yelah-yelah. Ryan!!" Jerit Suria dari dapur.

Dia terus melangkah ke ruang tamu.

"Ha! Buat apa?" Sergah Suria.

Ryan yang tengah ralit tengok Tv terkejut dan berpaling.

"Mak cik ni.!"

Suria duduk di sebelah Ryan. Dia pun turut menonton cerita yang dia sendiri tak tahu hujung pangkal.

"Ryan." Panggil Suria.

"Ye"

"Mama nak balik tau"

Ryan yang tengah duduk tadi, terus bangun dan melompat.

"Betul ke mak cik?" Tanya Ryan.

Suria mengangguk kepala tanda mengiakan.

"Yeay!! Mama Papa nak balik!" Sorak Ryan kegembiraan.

"Suka eh bila mama nak balik.

"Suka laaa!" Ucap Ryan tersenyum malu.

"Meh sini mak cik nak geletek dia sikit. Ahhhh"

Ryan mengeliat kegeliaan selepas dia digeletek oleh Suria. Tangan suria di tolak.

DENDAM ASMARAHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin