BAB 77

67 7 0
                                    

"Zack tolong lah percaya, ini anak you. I tak pernah bersama dengan mana-mana lelaki selain you."

Zack mendengus lantas berpaling. Dengan pantas leher Lailya di cekik.

"Sakit Zack" rintih lailya.

"Diam dah gugurkan. Aku tak akan sesekali terima budak tu. Itu bukan anak aku. Kau bodoh ke apa?"

Pang..

satu tamparan hinggap ke muka Lailya. Berpinar sekejap kepala Lailya di buatnya.

"Kau dengar ke tak?"

Lambat-lambat Lailya mengangguk.

"Bagus." Ucap Zack seraya melangkah untuk keluar dari bilik. Tetapi langkah kakinya mati. Dia berpaling.

"Aku tak akan terima apa-apa dari perempuan yang tak pernah aku cinta. Faham."

Bertapa pedih kata-kata yang keluar dari mulut suaminya itu. Ketika ini baru lah dia tahu mana satu kaca dan permata. Selama ini dia hina bekas suaminya tak berguna. Sekarang ini Allah bayar cash kepadanya. Perlahan-lahan dia melangkah ke arah sofa dan duduk. Perutnya terasa sakit sedikit begitu juga dengan kepalanya. 'Aman......' rintih hatinya sayu.








"𝓚au nak ikut aku tak?" Tanya Janna seraya memandang Hani yang tengah termenung memandang ke luar rumah.

Oleh kerana tak ada respone dari Hani, Janna terus melangkah dan berdiri di sebelah Hani. Dia mendongak memandang awan di dada langit.

"Cantik kan awan tu?" Tanya Janna.

Hani terus berpaling terkejut.

"Bila masa kau balik?"

"Adalah dalam lima belas minit."

Hani hanya mengangguk perlahan. Dia kembali memandang awan.

"Kau fikir apa lagi?"

Hani diam. Dia tak mampu nak jawab soalan dari Janna.

"Masih fikirkan dia?"

Perlahan-lahan Hani mengangguk.

"Sampai bila?"

Hani berpaling dan memandang ke arah Janna.

"Mungkin sampai bila-bila"

Janna ketawa perlahan. Tiba-tiba dia teringat kebodohan dia suatu ketika dulu.

"Fikirkan orang yang tak pernah fikirkan diri kau untuk apa?"

"Habis apa yang aku harus buat?" Tanya Hani.

"Bila ALLAH dah letak tanda noktah, jangan memandai nak ubah jadi tanda tanya. Move on lah Hani."

Hani menggelengkan kepala. Air matanya mengalir.

"Aku tak kuat."

Janna ketawa perlahan.

DENDAM ASMARAWhere stories live. Discover now