BAB 78

67 8 0
                                    

"Dulu pun aku bodoh macam kau. Menunggu, menanti, sakitkan diri. Dia tak datang balik pun bahkan dia tengah bahagia dengan kehidupan dia. Aku pulak merana kerana rindukan dia."

Hani terdiam. Tak lama tu dia berpaling memandang ke arah Janna.

"Aku rindukan dia sangat-sangat" ucap Hani perlahan.

"Kalau kau setia bagai nak rak pun, dia tetap tak pandang kau. Better lupakan" ucap Janna tegas.

"Aku tak boleh lupakan dia Janna. Hati aku ni, Hati aku ni sakit sangat"

"Minta pada Allah supaya dia buang rasa yang ada pada hati kau"

Hani hanya terdiam dan menangis.

"Sudah-sudah lah tu. Lebih baik melepaskan dari pertahankan" ucap Janna seraya menepuk-nepum bahu kanan Hani.

Hani tak bercakap apa-apa, malah dia hanya mengangguk lesu.

"Kau nak ikut aku tak?" Tanya Janna

Dia mengesat air mata.

"Pergi mana?"

"Kampung Shahrul dekat kedah."

Hani hanya terdiam.

"Tak kot. Tak apa lah kau pergi lah. Lagipun dia tak ajak aku"

Janna ketawa perlahan lantas berpeluk tubuh.

"Memang lah dia tak ajak kau. Tetapi aku ada bagitahu kat dia yang aku nak ajak kau dan dia cakap okay. Kalau kau nak ikut, kau pergi lah bersiap. Nanti dia ambil selepas maghrib."

"Aku ni tak menyusahkan kau ke Janna?"

"Tak ada lah, Tak menyusahkan aku pun. Kalau tak dah lama aku baling kau dari tingkat tiga ni ke bawah."

Hani hanya ketawa perlahan sambil mengesat air mata yang masih lagi mengalir dekat pipi.

"Dah tak payah nak sedih-sedih. Sampai kedah nanti, kau boleh enjoy kat sana." Ucap Janna seraya masuk ke dalam rumah. Dia perlu berkemas.

DENDAM ASMARAWhere stories live. Discover now