BAB 171

51 6 0
                                    

"Tergamak kau kan buat macam ni dekat orang yang tak bersalah." Tanya Fikri.

"Sampai hati you tampar i gara-gara betina tu."

"Eh! Yang betina tu kau!" Tengking Fikri lagi.

Kedua bahu Farah terangkat kerana terkejut dengan tengkingan dari Fikri.

"Kenapa kau hantar benda tu dekat Hani?" Tanya Fikri lagi.

"I buat apa? Hantar apa ni?" Tanya Farah buat-buat hilang ingatan.

Fikri ketawa mengejek.

"Kau jangan ingat aku bodoh dan tak tahu apa yang kau dah buat. Aku tahu lah kau hantar santau dekat Hani kan?"

Farah terdiam seketika. Tak lama tu perlahan-lahan dia ketawa. Ketawa kuat.

"Memang aku yang buat. Kenapa? Nak marah aku? Marah lah dan kau kena ingat, Ini semua punca daripada kau."

"Punca aku?"

"Ya ini semua berpunca dari kau. Kalau kau terima aku balik, benda ni semua aku tak akan buat lah. Tapi ini haha kesian kan perempuan tu?" Ucap Farah berjalan dan berhenti di belakang Fikri.

Fikri berpaling memandang Farah dan tersenyum.

"Aku lagi kesian dekat kau sebabnya apa yang kau buat, tak menjadi kan? Sedih."

Farah Hanim mengetap bibir. Sakit hatinya diperli dengan lelaki yang berada di depannya itu.

"Tak mengapa kalau tak menjadi pada awalnya. Mungkin lepas ni akan menjadi dan aku akan pasti kan perempuan itu mati. Mungkin mati tak sempat nak mengucap."

"Aku tahu kau ni seorang perempuan yang jahil lagi hina. Tapi cukup-cukup lah tu buat dosa."

"Kau hina aku Fikri?"

Fikri mengangguk kepala dan tersenyum.

"Ya aku hina kau. Kau nak tahu tak apa bezanya kau dengan tayar?" Tanya Fikri.

Farah hanya diam memandang Fikri.

"Tak nak tanya? Tak apa aku bagi je terus jawapan tu." Ucap Fikri seraya melangkah kedepan, tak lama tu Fikri berpaling memandang Farah.

"Dua-dua boleh J A L A N. Bye!" Ucap Fikri lantas meninggalkan farah di situ.

Dada Farah seakan berombak kencang.

"Arghhhh!!!" Jerit Farah kuat.

'Kau tunggu Fikriii!' Ucap Farah dalam hati.








"𝓙anna" panggil Hisham

Janna yang tengah ralit ratah ayam mengangkat kepala.

"Kau dah tahu dah siapa yang buat Hani."

Janna capai tisu dan mengelap tangan dan bibir. Dia mengambil air dan meneguk.

"Tak. Nanti mungkin aku akan cari tahu siapa yang buat. Tapi kan bomoh tu aku kenal tau."

"Siapa?" Tanya Shahrul pulak.

"Apa nama bomoh tu. Aku lupa lah apa nama dia. Budi ada bagitahu kat aku hari tu."

"Kau rasa dia akan buat lagi?" Tanya Hani.

Janna menganggukkan kepala.

"Dia akan buat kau lagi dan kau kena bersiap sedia lah dengan apa kemungkinan yang akan datang."

Hani berpaling memandang ke arah Janna. Tiba-tiba jantungnya berdegup kencang.

"Janna kau jangan tinggalkan aku"

DENDAM ASMARAWhere stories live. Discover now