BAB 9

109 12 1
                                    

Pintu lif di buka.

"Jom" Ucap Hisham lantas melangkah masuk ke dalam perut lif. Butang no tiga di tekan.

Shahrul memandang Hisham di sebelah.

"Janna akan macam itu ke?"

Hisham mengangguk berkali-kali

"Yep sebabnya dia sayang sangat dekat tunang dia itu. Kau tak nampak ke perubahan dia sekarang ni? Dia jadi pendiam."

"Yelah dia jadi pendiam mungkin di sebabkan dia masih lagi dalam keadaan macam itu, kan?"

Hisham ketawa perlahan.

"Tak. Lepas ni dia akan jadi lagi pendiam dan kita semua akan kehilangan Janna yang dulu. Kalau kau tak percaya apa yang aku cakap, kau tengok lah nanti. Dan yang paling teruk, dia akan benci lelaki."

Dahi Shahrul berkerut.

"Kejap, macam mana kau tahu semua ni?"

"Contoh terdekat ialah kakak aku. Sekarang dia benci lelaki sebenci bencinya. Dia tutup pintu hati untuk semua lelaki. Dia wujudkan tembok yang tak akan mungkin ada satu lelaki dapat robohkan." Ucap Hisham lantas melangkah keluar dari perut lif. Begitu juga dengan Shahrul.

Mereka berdua terus melangkah ke arah cafe yang terletak di aras tiga bangunan tersebut.



Suasana sesak di Pavilion dihujung minggu membuatkan Datin Sally merungut sedikit. Wajahnya yang merah akibat berjemur panas, di kibas dengan selendang yang tergantung dibahu. Sesekali dia memandang dihadapan tercari-cari suaminya entah hilang kemana. Zack yang berada disebelahnya di pandang.

"Mana daddy ni Zack?" Tanya Datin Sally.

Zack yang ralit memandang skrin telefon berpaling sekilas. Tak lama kemudian dia memandang semula ke arah skrin telefon tersebut. Satu gambar wajah pan-asia yang tak mungkin dapat dia lupakan. Wajah polos yang amat dia rindukan. Kini wajah itu hanya mampu menjadi wallpaper di skrin telefon bimbitnya sahaja. Tanpa boleh disentuh, Dia tak mampu untuk berbuat apa-apa. Kerana kebodohan, dia telah pun kehilangan insan yang betul-betul mencintainya.

"Kamu tengok apa tu Zack?" Sergah Datin Sally disebelah.

Zack tersentak dengan sergahan dari mamanya lantas dia cepat-cepat masukkan telefon bimbitnya ke dalam poket.

"Nothing." Ucap Zack Amin bersahaja.

Mencerlung mata Datin Sally memandang wajah anak lelakinya itu.

"Zack ingat mama tak nampak apa yang zack tengok tadi? Gambar Janna kan?"

Zack berpaling ke arah mamanya.

"Apa ni ma, aduh. Tak lah"

"Jangan nak menipu mama Zack. Jangan nak buat perangai ye. Tinggal berapa minggu lagi kamu nak berkahwin. Ingat apa yang telah di janjikan!"

Zack mengeluh perlahan. Peluh yang mengalir di dahi disekat dengan belakang tangan.

"Ye ma, Zack ingat dan Zack faham."

"Bagus. Dah jom kita masuk ke dalam. Daddy kamu ni entah kemana perginya. Suruh kita tunggu di luar ni, tapi batang hidungnya langsung tak nampak. Apa dia ingat kita ni tunggul mati ke? Dah lah panas" Omel Datin Sally geram dengan sikap suaminya itu, Datuk Hakim.

Zack hanya mengikut Datin Sally dari belakang tanpa banyak bicara. Dia masih di dalam kenyataan yang tidak mampu berbuat apa-apa walaupun dia seorang lelaki.

DENDAM ASMARAWhere stories live. Discover now