BAB 190

55 6 1
                                    

𝓡estoren Selera Anjung menjadi tempat santapan Janna dan juga Hani pada petang itu. Sesekali Janna berpaling memandang pelanggan yang jamu selera di Restoren tersebut.

"Fikri sampai pukul berapa?" Tanya Janna seraya menyuap nasi ke dalam mulut.

"Dia cakap dekat aku dia dah nak sampai dah."

Janna hanya mengangguk kepala tanda faham. Paru sambal yang berada di dalam pinggan yang berasingan di ceduk dan di masukkan ke dalam pinggannya.

"Kau dah fikir masak-masak ni kan?" Tanya Janna lagi.

"Aku dah fikir dah masak-masak."

Janna memandang Hani.

"Tak sedih?"

Hani hanya diam dan menundukkan wajahnya. Lambat-lambat dia menggelangkan kepala. Janna menjebikkan bibir.

"Tak sedih konon. Kalau tak sedih, mata tu tak sembab. Nak tipu pun aku."

"Sorry lambat."

Janna dan Hani berpaling.

"Bukan tadi cakap dah nak sampai ke?"

Fikri terus duduk disebelah Hani.

"Dah nak sampai tu bermaksud dah sampai dah sini cuma nak cari parkir  je tadi."

"Owh." Ucap Hani sepatah.

Janna hanya mengangguk perlahan.

"Sebelum nak berborak apa-apa baik pergi order dulu." Ucap Janna.

Fikri hanya mengangguk tak lama selepas itu dia bersuara.

"Aku tak nak order apa-apa Janna. Tak terasa nak minum atau makan"

"Ikut lah" ucap Janna.

"Ini korang nak aku lepak sekali atau aku lepak kat meja lain?"

"Tak apa Janna, lepak sini je dan kau sebagai saksi" ucap Hani.

"Hmm aku lagi. Jadi nyamuk lah jawabnya aku dekat sini"

Hani dan Fikri hanya ketawa perlahan.

"Tak apa lah. Aku makan dulu dan korang berdua boleh lah berborak" ucap Janna

Fikri hanya mengangguk tak lama selepas itu dia berpaling memandang ke arah Hani.

"I dah jumpa dengan Farah. Dan dia pun dah mengaku apa yang dia buat."

"Kali kedua ni pun?" Tanya Hani.

"Kali kedua ni i tak jumpa Farah pun. Bila you bagitahu yang you ada kena hari tu dan i dah agak siapa yang buat."

Hani menarik nafas dan menghembus.

"I rasa cukup kot hubungan kita sampai dekat sini. Dia tu betul-betul tak nak lepaskan you. Selagi i ada dengan you, selagi itu i sakit."

Belum sempat Fikri nak bersuara, tiba-tiba....

"Wah!! small world. Haha" ucap seseorang seraya menepuk kedua tangannya.

Janna berpaling begitu juga dengan Hani dan Fikri.

"Farah?" Ucap Fikri.

"Ya. Why? Terkejut ke tengok i dekat sini? Dua merpati sejoli depan mata i tengah memadu kasih. Woah"

"Janna?" Panggil Zack yang baru muncul dan berdiri di sebelah Farah

Farah memandang Zack dengan pandangan yang pelik termasuk Hani dan juga Fikri.

"What?" Tanya Janna dengan nasi yang penuh dalam mulut.

"You kenal?" Tanya Farah.

"My ex" bisik Zack kepada Farah.

"Oo" jawab Farah seraya tersenyum.

Farah terus menarik kerusi dan duduk di sebelah Janna. Janna yang tengah sedap makan terus berpaling.

"Sorry? Siapa suruh kau duduk? Kitaorang tak jemput pun."

Farah memandang Janna dengan muka yang sudah berubah warna.

"Oh really?"

"Ya? Dan rasanya korang berdua boleh duduk dekat tempat lain kot kalau nak makan." Ucap Janna lagi.

Farah terus bangun dan berdiri.

"Kurang hajar kan?" Ucap Farah.

Janna hanya menjebikkan bibir lantas mengangkat bahu. Dia terus sambung makanan dan malas nak melayan drama yang baru nak bermula. Farah memandang Fikri.

"Ini perempuan yang you tergila-gila kan tu? Sampai sanggup tolak i ketepi?"

Fikri ketawa perlahan.

"Siapa yang tolak siapa? Masa i ada apa yang you buat dekat i? Dan ni siapa pulak? Partner baru?" Tanya Fikri seraya menunjuk lelaki di sebelah Farah.

Farah mengangguk kepala.

Tanpa memandang ke arah mereka, Janna ketawa sedikit kuat dan menggelengkan kepala. Zack memandang gelengan dari Janna dan dia tahu ketawa Janna itu sebagai sindiran untuk dirinya.

DENDAM ASMARAWhere stories live. Discover now