BAB 40

79 10 0
                                    

"𝓑aru sampai ke?" Tanya Puan Cherry tiba-tiba. Tak pulak dia dengar kereta anak sulungnya itu.

Janna berpaling dan tersenyum. Kepala dan bajunya yang terkena air hujan, di kibas-kibaskan.

"Ye. baru sampai" Ucap Janna. Kerusi yang berada di hadapannya ditarik lantas di duduk. Puan Cherry turut melakukan hal yang sama.

Hujan yang turun dengan lebat mengingatkan dirinya terhadap Aman Naqib seorang lelaki sanggup menghancurkan hati dan jiwanya. Sampai sekarang atau mungkin sampai bila-bila dia tak akan tahu apa salah dan silapnya terhadap Aman.

"Makan dan tidur sini ye? Lama Janna tak tidur sini."

Janna tersentak lantas berpaling.

"Tak kot mami. Datang ni pun sebab daddy yang suruh. Mana daddy?"

Puan Cherry tak langsung menjawab pertanyaan anaknya itu malah dia menggelengkan kepala. Semenjak anak sulungnya itu berpindah, memang jarang sangat nak nampak dia dalam rumah ni. Bila di ajak baru nak datang. Kalau tak di ajak, jangan kata nak nampak, bayang pun belum tentu.

"Daddy ada dekat dalam tu."

Bumm... petir berdetum kuat tiba-tiba membuatkan Janna dan Puan Cherry tersentak.

"Masuk-masuk" Arah Puan Cherry.

Dia sememangnya penakut dengan guruh atau petir, seraya mengikut Puan Cherry dari belakang. Dia mengambil salah satu sofa yang berada di ruang tamu lalu menghenyak punggung di situ.

"Mami nak tanya ni, bila kamu nak berkahwin? Umur kamu pun dah berapa dah?"

Dia mengeluh perlahan. Sebab itu lah kenapa dia tak nak balik ke rumah maminya itu.

"Tengok Jess tu, Dah ada anak dah dia. Nanti nak masuk anak yang kedua dan kamu masih lagi bujang."

"Okay lah tu. Mami dah dapat cucu dah"

Puan Cherry mengetap bibir geram dengan soalan dari anaknya itu. Ada saja jawapan yang membuat darahnya naik. Janna berpaling melihat Puan Cherry yang memandang ke arahnya dengan pandangan yang tajam.

"Aduh malas nak fikir lah mami. Lagi pulak tak ada calon."

"Apa tak ada calonnya? Shahrul tu apa? Punya lama dia tunggu kamu tu tahu tak."

Remote Tv dicapai lantas dia menekan-nekan butang yang tersedia ada. Rancangan tv tak ada satu pun yang menarik perhatiannya.

"Orang dengan Shahrul tu kawan jelah. No heart feeling."

"Buka lah hati itu untuk dia. Kamu dengan dia dah lama kan berkawan? Tak akan lah tak ada hati langsung? Mami tak percaya lah."

Janna berpaling, Dahinya berkerut seribu.

"Kenapa mami tak percaya pulak?"

"Memang lah mami tak percaya sebabnya. Shahrul tu ada rupa, hensem, kaya. Kalau perempuan lain yang melihat si Shahrul tu, mahu bergolek-goleh hati perempuan tu jatuh kat lantai tau. Takkan lah kamu dengan dia dah bertahun tak ada hati"

Janna ketawa mendengar celotehan maminya itu.

"Hati boleh bergolek-golek eh mami bila pandang Shahrul tu?"

"Iye lah." Balas Puan Cherry.

"Itu perempuan lain, mami. Janna tak adanya hati nak bergolek-golek bila melihat Shahrul tu. Lagi ada nak pukul ye lah, Annoying"

"Jangan benci sangat Janna. Nanti jatuh cinta baru tahu"

Dia menggelengkan kepala.

"Janna tak pernah membenci si Shahrul tu mami. Cuma Janna tak boleh nak terima dia jadi pasangan sebab ada gap antara Janna dengan Shahrul."

"Gap apanya?" Soal Puan Cherry sedikit geram

"Friend. Kalau sayang pun like a sister sayang pada abang dia. Tak ada lebih dan kurang."

Puan Cherry memandang Janna.

"Kamu tunggu siapa sebenarnya?"

Janna terdiam lantas berpaling ke arah Puan Cherry. Tiba-tiba matanya panas. Seperti mahu menangis.

'Janna tak tunggu siapa-siapa pun mami. Cuma orang tak boleh nak menerima lelaki lagi dalam hati ni.' Omel Janna dalam hati.

"Ehem.."

Puan Cherry dan Janna berpaling selepas mendengar Encik Thomas berdehem.

"Dah lama sampai?" Tanya Encik Thomas lantas duduk di atas sofa.

Janna cepat-cepat menggeleng.

"Tak pun, kenapa daddy call tadi?" Tanya Janna. Cawan yang berisi kopi o yang disediakan oleh bibik Aju di ambil dan di minum perlahan. Seger banget.

"Oh daddy ada benda nak bagitahu ni. Selepas ni mungkin mami, daddy dan adik-adik akan pindah balik kampung. Kamu nak ikut atau stay in Kuala Lumpur."

Janna sedikit tersentak.

"Kenapa pulak?"

"Ofis daddy dekat sana dah siap. Jadi balik lah sana."

"Habis ofis daddy kat sini?"

"Ofis daddy dekat sini uncle Hilman yang akan tengokkan nanti."

Janna mengangguk kepala tanda faham.

"Okay daddy. Tapi Janna stay sini rasanya. Banyak yang nak di uruskan pasal butik tu.

"Okay never mind. If anything uncle Hilman ada boleh tengokkan."

"Jadi ni bila daddy nak berpindah?"

Encik Thomas terdiam. Tak lama tu dia bersuara.

DENDAM ASMARAWhere stories live. Discover now