BAB 100

68 6 0
                                    

"Uiii pagi esok aku pergi langkawi tau." Laung Janna selepas ternampak kelibat Hani yang tengah lalu di depan pintu biliknya.

Hani yang dah terlajak, terus berpatah balik. Dia menjengah.

"What?"

Janna mendongakkan kepala.

"Apa yang what?" Tanya Janna pulak.

Hani terus melangkah masuk ke dalam bilik Janna. Dia berpeluk tubuh lalu bersandar di tepi cermin meja solek.

"Tadi kau cakap yang kau nak pergi Langkawi."

"Oh, haah"

"Ini kau tengah berkemas sebab nak ke sana ke?"

"Ya allah, iye. Kau dah kenapa?"

"Ala habis aku macam mana?"

Janna memandang Hani, Dahi di kerutkan.

"Kenapa dengan kau?"

"Yelah, Takkan kau nak tinggalkan aku sorang-sorang dekat sini Janna."

Janna ketawa perlahan. Baju yang berada ditangannya dilipat lalu di masukkan ke dalam luggage.

"Kau ingat aku nak ke Langkawi ni pergi makan angin ke? Healing healing gittew?Aku kerja kot"

Hani melangkah longlai dan duduk di atas katil.

"Aku nak ikut."

"Habis kerja kau? Kau jangan lupa yang kau dah pun dapat warning letter. Jadi lepas ni rajin-rajin lah ye pergi kerja."

Hani berdengus sedikit. Sakit pulak hati dia sebab dia dapat warning letter hari tu. Puncanya dia sudah minta cuti selama tiga hari. Lepas tu dia sendiri tambah cuti tanpa bagitahu siapa-siapa selama tiga hari lagi. Hmm.

"Ni, aku ada nak tanya kau sesuatu ni"

Hani berpaling sambil buat muka monyok.

"Kau masih ingat tak seorang lelaki yang bernama Fikri?"

Hani berkerut dahi, Dia cuba mengingati siapa lelaki yang di maksudkan oleh kawan baiknya itu.

"Fikri mana eh?"

Janna mengeluh perlahan.

"Kau ni lah, Fikri kawan Shahrul tu lah."

Wajah Hani tiba-tiba berubah. Riak wajahnya seakan-akan dia dah ingat siapa lelaki yang bernama Fikri tu.

"Aku ingat, kenapa dengan dia?"

"Kau tak nak try dia ke?"

"Try? Maksud kau?" Tanya Hani

Janna tersenyum sumbing acah-acah tak faham maksud dia konon.

"Tak nak kenal dengan dia ke? Sekarang dia single, kau pun single. Mana tahu lepas ini aku makan nasi minyak korang pulak kan"

"Hish kau ni, merepek jelah. Memang lah dia bagitahu dekat kau yang dia tu dah single. Tah-tah belakang kau, perempuan bersusun."

"Tak baik menuduh. Aku kenal lah siapa Fikri tu, Lama tau aku berkawan dengan dia"

"Lelaki semuanya sama, Awal-awal je beria. Lepas dah dapat, telefon pun tak apatah lagi nak chat. Aku dah tak nak percaya lah sebab Shazwan bagi impak yang besar dekat aku."

Janna yang tengah berdiri langsung melangkah dan duduk di sebelah Hani.

"Tak di nafikan aku terlalu sakit hati dan dendam aku terhadap lelaki makin lama makin membara, Makin mendalam. Tetapi percayalah, Fikri tak macam tu. Yang aku tahu Fikri ni seorang yang setia. Dia pernah bertunang, tetapi tunang dia dah meninggal. Dia pernah ada awek lain tetapi putus sebab Ikie ni seorang yang hardworking. Biasa lah Engineer kan, Jadi busy tu tak boleh bawa bincang. Hujung-hujung awek dia curang cari lelaki lain disebabkan Ikie ni tak ada masa. Who knows kan bila kau kenal dengan dia hidup kau tak macam sekarang ni"

"Aku sekarang dah tak nak mencari dah Janna. Aku nak biar cinta tu datang"

Janna terus bangun, Baju di capai lalu di lipat.

"Tak ada masalah kalau kau tak nak mencari. Tapi ingat cinta tu tak akan datang kalau tak berusaha. Macam aku lah single sampai ketua."

Hani terdiam.

"Macam yang aku cakap, kau seorang perempuan yang perlukan kasih sayang seorang lelaki. Mencuba tak salah tapi jangan lah kasi cinta tu seratus peratus. Cuba berkawan dengan dia, Mana tahu kau dengan dia serasi kan boleh terus ke next step."

Hani berpaling memandang Janna.

"Macam mana kalau dia macam Shazwan?

"Berkawan. Kalau kau letakkan lane di tengah-tengah antara kau dengan Ikie, bila kau dah nampak perubahan atas diri Ikie seperti Shazwan, kau terus gerak. Yang penting hati kau tak sakit. That's all"

Hani hanya menganggukkan kepala.

"Ye lah, Nanti aku cuba berkawan dengan Ikie. Tapi kau tahu kan aku ni tak boleh nak berkawan"

"Kau kena cuba lah, Cuba buang kelemahan itu dalam diri kau. Okay?"

"Okay Janna, Eh ni kau gerak pukul berapa esok?"

"Pagi dalam pukul lapan atau sembilan macam itu."

"Habis raya haji kau stay sana?" Tanya Hani.

"No lah, Raya haji nanti aku balik lah rumah sehari then selepas itu aku pergi sana balik."

"Yelah, Eh dah lah aku nak pergi tengok Tv. Bye" ucap Hani seraya melangkah keluar dari bilik.

Janna hanya memandang Hani sambil menggelengkan kepala.

DENDAM ASMARAWhere stories live. Discover now