BAB 109

57 8 0
                                    

"Jadinya kau tak tahu jawapan yang tepat?"

"Tak tahu Janna. Macam mana ni?"

"Macam ni lah, nanti bangun buat solat malam. Minta petunjuk dari Allah dan kalau kau tanya aku sekali pun, belum tentu apa yang aku cakap ni kau akan dengar, right? Jadinya kau minta dengan Allah. Mungkin dari situ kau akan dapat jawapan yang tepat."

Hani terdiam. Tak lama tu dia bersuara.

"Okay lah kalau aku dapat petunjuk dari Allah dan kalau hati aku ni was-was terhadap Fikri macam mana?"

"Pergi jelah terjun laut tu bagi ikan jaws makan kau, senang" ucap Janna seraya ketawa.

"Janna!!"

"Okay-okay kalau kau nak tahu sama ada Fikri ni betul-betul nak dekat kau ataupun tidak, kau uji lah dia."

"Maksud kau?"

Janna mengeluh.

"Ni makcik, aku ni baru sampai hotel tau. Boleh bagi aku naik dulu tak? Apa yang nak uji tu aku belum fikirkan lagi. Ataupun macam ni lah, esok aku nak balik Kuala Lumpur nanti kita bincang lah ye."

"Ala."

"Kau jangan nak ala ala sangat"

Hani buat muka. Akhirnya dia mengalah juga.

"Yelah yelah esok kita bincang."

"Ha. That's my girl. Okay lah aku nak punch kad dulu dekat Shahrul. Nanti dia memekak, sakit otak aku. Bye Assalamualaikum"

Hani mengeluh perlahan.

"Waalaikumsalam"

Dia terus menekan punat merah. Cepat-cepat application WhatsApp dibuka.

"Aku dah sampai hotel view cenang." Butang send di tekan.

Janna mengeluh perlahan sambil memandang sekeliling. Dia menyentuh dada. 'Kenapa ye hati dia rasa tak sedap sangat sekarang ni?'

Bip.. bip..

Dia berpaling memandang skrin telefon

"Yelah, rehat lah dulu."

WhatsApp dari Shahrul dia hanya baca dari luar. Tak rasa nak balas. Lambat-lambat dia menurun dari kereta dan melangkah menuju ke lobi. Dari jauh dia terpandang seorang perempuan yang berada dihadapannya. Tak di jangka dompet perempuan tersebut jatuh ditepi meja reception hotel. Cepat-cepat dia mengambilnya lalu menyapa.

"Cik."

Perempuan tersebut berpaling.

"Ye?"

"Ini cik punya. Jatuh tadi dekat sana"

"Oh ya Allah terima kasih sangat-sangat." Ucap suraya.

Suraya melangkah pergi selepas mengucap terima kasih dekat Janna. Janna hanya mengangguk lantas tersenyum. Dia melangkah setapak ke depan dan kad yang tersedia ada di ambil.

"Selamat beristirehat cik" sapa pelayan hotel tersebut.

"Terima kasih." Ucap Janna seraya tersenyum lantas melangkah meninggalkan lobi tersebut.

Sementara Aman Naqib yang tengah menunggu Suraya diparkir, dia meletak tangannya di dada. Tiba-tiba jantungnya berdebar dengan laju.

DENDAM ASMARAHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin