BAB 170

57 7 3
                                    

"Kau macam mana sekarang? Sihat?" Tanya Shahrul.

"Aku macam ni lah. Dalam beberapa hari selepas kejadian tu, badan aku sakit sikit."

"Neno neno neno, makanan dah sampai" ucap Hisham tiba-tiba. Kedua tangannya ada plastik makanan.

"Uii pesakit, kau dah makan belum?" Tanya Hisham.

Hani mengangguk kepala.

"Tadi pagi Janna masak cekodok"

Hisham meletakkan makanan di atas meja lantas duduk sebelah Shahrul.

"Cekodok je? Hish hish hish. Tak patut tak patut."

Hani hanya ketawa memandang Hisham yang tengah geleng kepala.

"Hani." Panggil Shahrul perlahan.

Hani terus berpaling memandang Shahrul

"Apa?"

"Janna mana?"

"Janna dalam bilik rasanya. Nanti dia keluar lah tu."

Shahrul hanya mengangguk kepala.

"Eh korang nak makan dulu ke?" Tanya Hani

"Eh tak apa lah, kita tunggu Janna. Kau okay tak?"

"Aku okay je. Jap lah, aku siapkan dulu makanan ni."

Hisham dan Shahrul hanya mengangguk kepala. Tak lama selepas itu, Janna yang baru selesai mandi terus melangkah ke arah meja makan.

"Buat apa kat sini?"

"Oh mak kau" latah Hisham.

"Woo wooo wooo kak! lain kali bagi salam dulu lah kak. Terkejut tau kite" ucap Hisham lagi sambil mengurut dada.

Janna ketawa dan duduk. Dia memandang Shahrul yang turut memandang ke arah Janna. Tiba-tiba hatinya terasa sedikit sakit.

"Kenapa balik sini?" Tanya Janna sinis

Shahrul tersenyum dan menggarukan kepala yang tak gatal.

"Duduk lah kat sana, sana kan best" ucap Janna lagi seraya memerli Shahrul.

Janna memandang Hani yang tengah bawa makanan dan letak ke atas meja.

"Eh Hani, aku nak follow kau. Takut lah kat sini ada pergaduhan." Ucap Hisham seraya bangun dan melangkah ke arah Hani. Mereka menuju ke arah dapur.

"Kita dah tak ada apa-apa kan sekarang ni?" Tanya Janna seraya mengangkat kening.

Shahrul mengeluh lantas mengubah tempat duduk di sebelah Janna.

"Sayang, okay aku minta maaf." Ucap Shahrul lantas memegang tangan Janna. Lambat-lambat Janna menarik tangannya.

"Aku dah bermula dengan Aman. Aku rasa kau tak perlu nak marah aku selepas ini."

Shahrul terdiam. Dadanya rasa nak meletup bila Janna keluarkan statement itu. Walau macam mana sekali pun, dia tak boleh nak salahkan Janna sebab dia yang suruh. Lambat-lambat Shahrul tersenyum dan mengangguk perlahan.










𝓟anggg...

Cepat-cepat Farah pegang pipinya yang terasa sakit. Kepalanya berpinar.

"Selama aku hidup, aku tak pernah tampar perempuan ataupun nak jentik perempuan. Tapi kau ni dah too much" tengking Fikri kuat.

Farah kehilangan kata-kata. Sekarang ni, dia hanya mampu memandang wajah bengis Fikri.

DENDAM ASMARAWhere stories live. Discover now