BAB 38

76 9 1
                                    

"Patut lah selama ni i ajak you jumpa dengan family i, you tak nak. You bagi berbagai-bagai alasan dekat i. Patut lah you tak bagi i jumpa dengan family you. Rupanya.."

Janna ketawa perlahan serta mengangguk.

"Betul."

"Ya Allah Janna. Apa ni? Apa yang i nak jawab dengan mak ayah i. Kita dah setahun Janna bercinta. Takkan you tak rasa cinta tu?"

Janna mengangkat bahu.

"Tak ada. Dah mati setelah sekian lama. Oh pasal apa yang you nak jawab dengan mak ayah you tu, pandai-pandai you lah. Bukan mak ayah i. So, terima kasih selama setahun ni. I harap kita tak akan berjumpa lagi dan i wish you good luck untuk orang baru." Ucap Janna seraya memakai rayban. Dia melangkah meninggalkan Qayyum bersama dengan senyuman dibibir. Qayyum hanya diam tanpa berbicara. Airmata kelakiannya mengalir tanpa di pinta.

Janna melihat Shahrul yang tengah tersengih. Kepala digelengkan berkali-kali.

"Kau dah kenapa?" Tanya Janna. Pelik melihat sikap Shahrul.

"Tak adalah, tak sangka aku kau sanggup buat dekat Qayyum macam itu sekali disebabkan dendam kau dekat Zack dan Aman. Kata kan, kalau, kalau Aman datang balik apa yang kau nak buat?"

Janna menjebekkan bibir.

"Aku tak fikirkan lagi."

"Janna" panggil Shahrul perlahan.

Dia memandang Shahrul dihadapannya.

"Hmm."

"Jangan sampai permainan yang kau ciptakan ini, makan diri kau balik tau."

Janna tersengih.

"Tak akan. Kau tahu kan kebencian aku terhadap lelaki macam mana?"

"Aku tahu. Tapi kau ke ingat, peluang yang aku bagi ni tak selamanya tau. Dah sampai masanya, kau akan jadi milik aku. Jangan lupa dengan syarat-syarat yang aku bagi tu."

Janna mengeluh perlahan. Dia memandang Shahrul dengan sakit hati.

"Kau ni, spoil lah. Aku dah cakap kan aku dengan kau hanyalah sebaris kawan. No feeling-feeling okay."

"Hope so lah sayang" ucap Shahrul ketawa melihat wajah mencuka yang dipamirkan oleh Janna.

"Apa?" Tanya Shahrul lagi.

"Nanti nasi lemak ni aku tak makan, kau yang aku telan. Haaa"

Kata-kata Janna membuatkan ketawa Shahrul semakin menjadi-jadi. Pelanggan yang berada dikedai tersebut berpaling kearah mereka berdua. Janna menggelengkan kepala.

'Aih orang tua ni'.

Tengah Janna leka menikmati nasi lemak lauk paru, tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi notification WhatsApp.

Ting.......

Janna berpaling memandang ke arah skrin telefonnya. Shahrul turut melakukan hal yang sama.

"Izuwann?" Tanya Shahrul perlahan.

Mereka berdua berpandangan sesama sendiri. Akhirnya tercetus ketawa antara Janna dan juga Shahrul.

"Apa pula kali ni sayang?" Tanya Shahrul sambil ketawa.

Janna turut ketawa dan dalam masa yang sama dia mengangkat bahu.






𝓟asar pagi Taman Pelangi sarat dengan pengunjung yang lalu lalang untuk membeli makanan, pakaian dan yang lain-lain. Aman yang tengah leka mengantung pakaian, berpaling melihat pelanggan yang menyinggah dikedainya.

"Berapa sehelai ni bang?"

Aman melangkah ke arah pelanggan tersebut.

"17 ringgit saja kak."

Pelanggan tersebut hanya mengangguk kepala. Selepas puas membelek, pakaian tersebut diserahkan kepada Aman.

DENDAM ASMARAWhere stories live. Discover now