BAB 75

69 8 0
                                    

"Pasal kak Siah ni."

"Oh, saya tak tanya pulak. Tapi saya tahu yang Shahrul akan bagitahu dia"

Encik Thomas hanya mengangguk kepala.

"Jess tak ikut."

Encik Thomas dan Puan Cherry berpaling.

"Kenapa?"

"Kan Adtiya kerja. Tak ada cuti."

"Kalau macam itu kamu jangan lupa jaga adik-adik sekali." Ucap Puan Cherry.

"Pulak?"

Tercetus ketawa Puan Cherry dengan Encik Thomas bila memandang muka Jessica yang tak puas hati.







Janna memandang permandangan bunga dan juga manusia yang berada di depan mata. Sesekali dia tersenyum. Bukan kerana dia gila, tetapi kerana tikah laku pasangan yang berada di depannya tengah saling usik mengusik.

"Ehem."

Janna terus berpaling ke kanan. Kelibat Shahrul dan juga Hisham tengah berdiri dan tersenyum memandang dirinya. Dia mengeluh perlahan lantas menggeleng.

"Ajak jumpa tapi tak panctual."

"Ala sorry lah. Hisham lah lambat tadi" ucap Shahrul lantas duduk di sebelah Janna.

"Hmm... okay. Ada apa nak jumpa aku?" Tanya Janna

"Sebab rindu"

Janna menjeling dan dia terus bangun.

"Okay-okay aku gurau-gurau." Ucap Shahrul kelam kabut.

Hisham terus ketawa kuat.

"Aku ajak jumpa ni sebab nak ajak kau balik kampung."

"Ada apa kat kampung?"

"Mak nak buat makan-makan sikit sempena adik aku habis belajar."

Janna hanya mengangguk tanda faham.

"Bila nak bertolaknya?"

"Kalau okay kita bertiga tolak malam ni."

Dia mengecilkan mata.

"Mamat ni ikut juga?"

DENDAM ASMARAWhere stories live. Discover now