BAB 174

49 7 1
                                    

"Kalau dia suka dekat mami, mami terima dia tak?"

Puan Cherry cekak pinggang.

"Kamu ingat daddy kamu tu sekarang ada dalam kubur ke?"

"Halah, orang gurau je!"

"Ini kamu cakap-cakap macam ini kalau ada si Janna tu, mahu kamu kena pukul dengan dia. Benda-benda macam ini tak boleh buat gurau. Cuba gurau benda lain atau pun tolong mami angkat pasu tu. Letak dekat sana. Nak bergurau tak kena tempat."

Jessica terus buat muka annoying.

"Cuba kalau mami bergurau dengan suami kamu cakap anak si Mutusammy tu berkenan dengan suami kamu, apa kamu rasa? Padahal mami niat nak bergurau je tu"

Panjang leteran puan Cherry dekat anak kembarnya itu, dia tak berminat nak bergurau benda-benda yang macam itu.

"Ala mami ni take serius lah." Ucap Jessica melangkah ke arah Puan Cherry. Lengan Puan Cherry di peluk.

"Benda lain boleh bergurau. Jangan nak bergurau benda lain. Jangan disebabkan gurauan kamu tu, daddy dengan mami bergaduh."

Jessica buat muka rajuk.

"Mami ni kalau dengan Jessica mesti ada benda yang tak kena. Tapi kalau dengan Janna elok pulak mami layan dia."

"Selama ni, Janna tak ada bergurau macam tu pun."

"Hmmm"

Puan Cherry berpaling memandang Jessica.

"Lebih baik kamu masuk dan mandikan anak kamu tu. Kejap lagi dah nak malam." Arah Puan Cherry

Jessica mengeluh perlahan.

"Okay-okay, sorry. Tak buat lagi dan tak gurau macam tu lagi dah."

"Good." Ucap Puan Cherry lantas menyambung kerjanya kembali.

Dia mengambil baja ros putih dan dia masukkan ke dalam pasu yang berisi tanah. Bekas spray di ambil lantas di spray ke dalam pasu tersebut sambil tersenyum.

"Nanti kembang elok ye nak." Ucap Puan Cherry perlahan.

Dia amat suka dengan tumbuhan-tumbuhan yang menghijau. Baginya kehijauaan tumbuhan itu memberinya aura yang positif dan sentiasa bersyukur.








𝓣epat pukul lapan setengah malam, telefon bimbit Janna tiba-tiba berdering. Dia yang tengah berdiri dekat balcony dengan Hani berpaling. Bila melihat nama yang tentera diskrin telefon, jantung Janna berdegup laju. Dia berpusing badan dan melangkah perlahan-lahan menuju ke arah telefon bimbitnya. Tak lama kemudian, deringan itu mati secara tiba-tiba

"Kenapa tak angkat?" Tanya Hani memandang ke arah yang sama.

Janna mengeluh dan tak lama itu dia mengangkat kedua bahunya.

"Aku......."

Kring.....

Janna berpaling lagi sekali ke arah telefonnya.

"Angkat je Janna." Ucap Hani tanpa memandang ke arahnya.

Janna terus capai telefon dan melangkah ke arah bilik. Pintu di tutup.

"Hai."

"Hai you. Assalamualaikum"

"Waalaikumsalam, sihat?" Tanya Janna.

"Tadi sakit kepala sikit, lepas dengar suara you terus sihat"

Janna ketawa perlahan.

"Macam tu pun boleh ada eh?"

"Haha ada lah you. You i nak tanya sikit boleh?"

"Tanya lah" ucap Janna perlahan.

"Macam mana dengan kehidupan you sekarang?" Tanya Aman dengan suara yang mendatar.

"Hmm about?"

"Your life? Your work?" Tanya Aman sambil menongkat dagu.

DENDAM ASMARAWhere stories live. Discover now