BAB 108

57 9 0
                                    

"Baiklah wahai puteriku."

Hani menjeling. Air yang berada di depannya diambil lantas menyedut.

"Fikri"

Fikri mengangkat muka.

"Ye?"

"What your name?"

"Danial Fikri."

Hani mengangguk kepala tanda faham.







"𝓡asanya aku balik hotel dulu kot Azrul" ucap Janna selepas dia sampai di resort Azrul. Belengas badannya menunggu terlampau lama di jeti tadi.

"Lori kau ni parking sini?"

Janna berpaling.

"Haah lori ni parking sini lah lagi pun wedding ni dekat resort kau. Oh jap." Ucap Janna seraya keluarkan sekeping cek lalu dihulur ke arah Azrul.

"Cek?"

"Duit hotel"

"Oh, Lupa pulak aku." Ucap Azrul lantas mengambil cek tersebut.

"Okay lah apa-apa call aku eh" ucap Janna seraya melangkah pergi bersama Mega.

Kring.... Kring....

Dia berpaling sekilas lantas telefon bimbit di keluarkan dari dalam bag. Tentera nama sahabat baiknya di skrin.

"Hello."

"Janna, boleh bercakap? Kau dekat mana?"

"Boleh, aku dah nak sampai hotel. Pasal apa tu?" Tanya aku seraya menarik stereng kereta masuk ke simpang kiri dan berhenti di depan Hotel view cenang.

"Fikri."

"Kenapa dengan dia?" Tanya aku.

"Mega naik dulu" arah Janna.

Mega hanya mengangguk tanda faham. Selepas kelibat Mega hilang, Janna bersuara.

"Okay, Kau boleh teruskan."

Air tembikai yang berada di atas meja di pandang sepi oleh Hani Zara. Kata-kata dari Fikri tadi membuatkan dia mengelamun seketika.

"Hello."

Hani tersentak lamunannya mati serta merta.

"Fikri."

"Yelah kenapa dengan Fikri?"

Hani mengeluh perlahan. lambat-lambat tangan kanan meraup anak rambut yang berjuntai di dahi.

"Kau nak cakap ke tak nak ni? Kalau tak nak aku nak naik hotel"

"Okay-okay tadi aku jumpa Fikri dan dia ada ajak aku couple."

"Okay then?"

"Then dia cakap dia tak nak berkawan dengan aku. Bercouple tu pun hanya sekejap dan kalau boleh dia nak ajak aku kahwin terus."

"So?"

"So apa ni Janna? Aku cerita dengan kau dan tolong lah bagi sebab perlu ke aku terima dia dalam hidup aku and aku takut lah dia jadi macam Shazwan. Luka dalam hati aku ni pun belum habis lagi. Takkan aku nak terima orang baru dalam hidup aku, Janna"

"Apa kata hati kau?"

"Hati aku?"

"Ya"

"I don't know. Kejap hati aku macam boleh terima. Kejap hati aku macam menolak."

DENDAM ASMARAWhere stories live. Discover now