BAB 70

67 7 0
                                    

"Eh dah lah, Kau bersiap lah cepat. Nak keluar dah ni. Pukul berapa dah"

Aman hanya mengangguk lantas menyimpan kembali loket love itu ke dalam purse. Dia memandang cermin melihat wajahnya. Zalim kah dia?








"𝓔𝓱 Janna kan?"

Janna yang memandang lelaki di hadapannya lantas berkerut dahi. Pelik macam mana lelaki itu boleh tahu namanya.

"Sorry? Kenal ke?"

"Weh! Takkan kau tak kenal aku? Tengok muka aku ni." Ucap lelaki tersebut.

Janna cepat-cepat menggelengkan kepala.

"Sumpah lah?"

"Memang tak kenal. Nak cakap apa lagi?" Ucap Janna bersahaja.

Lelaki tersebut gelengkan kepala dan menarik kerusi yang berada di hadapan Janna, tanpa disuruh lelaki tersebut duduk.

"Engkau ni kan Janna, dari dulu sampai sekarang tak berubah. Sombong betul."

Janna mengangkat kening menandakan tak puas hati. Laptop di tutup. Belum sempat dia nak bangun, lelaki tersebut menghalang. Dia duduk semula memandang lelaki tersebut.

"Okay-okay, Aku minta maaf. Cuma aku tak puas hati lah sebab kau tak ingat aku. Aku ni Fikri, Ikie Ikie. Ingat?"

Berubah terus muka Janna bila mendengar nama Fikri. Senyuman di bibir terukir.

"Ikie?"

Fikri mengangguk kepala.

"Ya Allah!! Mana kau pergi selama ni gila? Kau apa khabar?" Tanya Janna.

"Haha! Satu-satu gila. Mana satu aku nak jawab ni?"

Janna ketawa perlahan.

"Tak kesah lah. Kau jawab lah mana yang kau nak jawab."

"Aku macam ni jelah Janna. Makin better mungkin."

Janna berkerut dahi.

"Maksud kau?"

Fikri terdiam. Tak lama tu dia bersuara.

"Aku baru putus dengan Farah tahun lepas, dan mak aku pulak macam memaksa aku untuk berkahwin. Dalam tahun ni juga lah."

"Farah? Farah mana ni? Bukan dulu tunang kau dulu nama apa tu, Izatti kan?" Tanya Janna pelik.

"Izzati tu arwah tunang aku yang meninggal empat tahun lepas. Farah ni pulak selepas Izzati."

Janna hanya mengangguk kepala tanda faham.

"Habis kenapa putus dengan Farah?"

Fikri mengeluh perlahan.

"Entah lah Janna. Dia curang dengan aku"

"La ye ke. Habis tu sekarang kau single lah? Habis tu yang mak kau paksa kau kahwin dalam tahun ni, kau dah ada calon belum?"

Fikri ketawa perlahan.

"Macam mana aku nak cari calon kalau kerja aku ni pun busy. Tak sempat lah nak cari Janna. Kalau aku tak busy, tak adalah si Farah tu nak cari jantan lain."

DENDAM ASMARAWhere stories live. Discover now