BAB 33

81 10 1
                                    

Perlahan-lahan dia menggelengkan kepala. Seingat dia, malam Aman hantar dia pulang, tak ada sebarang pergaduhan yang berlaku. Semuanya dengan senyuman dan kesedihan.

"Saya tak gaduh dengan dia pun Abang Eddy. Cuma masa malam tu dia ada bagitahu dekat saya yang dia nak berubah. Dia dah tak nak ambil benda-benda tu lagi.

Dj Eddy terdiam.

"Maknanya Janna dah tahu yang Aman tu...."

Cepat-cepat Janna mengangguk.

"Sebenarnya saya tak kesah pun. Kalau dengan saya sekalipun, dia tetap boleh berubah kan? Tapi dia minta masa dan peluang"

"Jadi Janna setuju?"

"Ye, Abang Eddy."

"Tak apa lah, Janna balik dulu. Kalau ada apa-apa mengenai Aman, Abang akan call Janna"

"Terima kasih Abang Eddy" ucap Janna lantas meninggalkan Canggung.

Panggilan telefon dari Dj Eddy sangat dia nantikan, Tetapi hampa. Sehari demi sehari dan makan bulan dia tetap menunggu. Ada kalanya putus asa datang menyerang. Tetapi kerana janji, dia berusaha untuk bertahan walaupun sakit.

-𝘽𝙪𝙡𝙖𝙣 𝙥𝙚𝙧𝙩𝙖𝙢𝙖 𝙨𝙪𝙖𝙩𝙪 𝙠𝙚𝙩𝙞𝙠𝙖 𝙙𝙪𝙡𝙪-

"Okay ambil perhatian semua. Ini saya nak kenal kan dekat kamu semua. Ini adik ipar saya. Nama dia Aman Naqib. Dia sekarang akan bekerja dengan kita"

Di dalam kedai Eyecare Optometrist bergema dengan tepukan. Aman Naqib hanya tersenyum lantas bersalam dengan pekerja-pekerja yang lain.

"Okay Aman, memandangkan kamu tak ada pengalaman lagi dalam bab cermin mata, nanti Abang akan ajar kamu." Ucap Khai.

"Ya sure."

Khai tersenyum memandang adik iparnya.

"Okay kalau macam itu, jom lah Abang tunjuk tempat kamu." Ucap khai lantas melangkah ke arah satu bilik yang terletak dibahagian tepi. Suis lampu ditekan.

"Ini bilik kamu"

Aman terus memandang sekeliling. Kepalanya di angguk berkali-kali.

"Menarik." Ucap Aman sepatah.

"Harap kamu selesa lah bekerja dekat sini dan buktikan kepada mak abah yang kamu boleh berjaya"

Aman hanya mengangguk sambil tersenyum. Dia terus duduk dekat salah satu kerusi yang tersedia ada.

"Itu semestinya"

"Okay lah, Abang nak keluar dulu. Nanti kalau tak tahu apa-apa tanya Suhaila, kakak kamu tu."

"Okay boleh"

Aman menghantar Abang iparnya dengan hujung mata.

"Hai." Sapa seseorang

Aman tersentak lantas memandang seorang perempuan yang berada dihadapannya

"Ye hai." Balas Aman.

"I Nurlailya Ayuni, you? You baru masuk hari ini ke?"

Aman hanya mengangguk. Tak lama itu dia turut memperkenalkan dirinya.

"I Aman Naqib. You dah lama kerja sini?"

Lailya tersenyum.

"I dah lama dah kerja dekat sini. Adalah dalam dua tahun macam itu."

"Kiranya senior i lah ni?" Tanya Aman Naqib lantas tersenyum dan ketawa.

"Pun boleh." Jawab Lailya yang turut ketawa.

'Hensem dan manisnya senyuman lelaki ni.' Omel Lailya dalam hati.

"Boleh lah you ajar i sedikit sebanyak cara nak buat, nak potong, nak tambah power."

"Ya sure, Jangan risau okay. Nanti i ajar you. Okay lah you, i nak sambung buat kerja. Maklumlah seminggu i cuti, jadinya hari ni banyak lah kerja i yang tertangguh tu."

"Okay." Ucap Aman sepatah.

DENDAM ASMARAWhere stories live. Discover now