BAB 12

100 12 0
                                    

"𝓚an best kalau kita dapat macam ni hari-hari." Ucap Natasya Ilya lantas capai bath robe yang disediakan oleh pihak hotel. Dia melangkah ke arah katil dan duduk di tepi. Kotak rokok di capai.

"Tak boleh lah sayang. Kalau sekejap-sekejap boleh lah untuk lepaskan rindu."

Natasya berpaling. Rokok di keluarkan lantas di cucuh sebatang.

"Hmm takut singa betina tu marah ye?"

Jari jemari Natasya di raih lantas di bawa ke mulut. Di kucup seketika.

"I tak takut pun pada singa betina tu. Tapi i cuma tak suka kalau dia bising-bising. You bukan tak tahu suara dia macam mana. Lain lah suara you, merdu dan enak di dengar. Manja bila merengek."

Natasya hanya tersenyum bila di puji macam itu oleh kekasih hati. Janggut yang nipis menjadi perhatian oleh jari jemari Natasya.

"Kalau i dah kahwin nanti, you macam mana?" Tanya Natasya lembut. Dahinya berkerut.

Tiba-tiba hatinya rasa takut bila kehilangan lubuk emas. Untuk mendapat duit dari Zack, belum tentu sebab perkahwinan dia nanti bukan suka sama suka.

"You jangan risau lah sayang. Kalau you dah kahwin nanti, tak ada masalah pun bagi i. Bila tak ada siapa di rumah, boleh lah kita bersama kan?"

Dahi Natasya yang tadi berkerut, kini tidak lagi.

"Are you sure baby?" Tanya Natasya dengan senyuman terukir di bibir.

"Ya i'm sure. But pastikan tiada siapa dirumah. Bibik Aseh pun kalau ada pastikan dia kunci mulut. Kalau tak, you gone i pun gone." Ucap Datuk Hakim lantas tubuh Natasya di rangkul kemas. Lehel jinjang Natasya menjadi sasaran kucupan dari Datuk Hakim.

"Awww.. baby don't okay"

Datuk Hakim mengeluh.

"Why?"

"Dah petang lah baby. Nanti singa betina tu cari you pulak." Ucap Natasya lantas mencebik bibir.

Datuk Hakim ketawa perlahan lantas bibir Natasya di kucup.

"Okay-okay last, lepas siap kita balik." Ucap Datuk Hakim.

Natasya tersenyum lantas mengangguk kepala. Dia rela menyerahkan tubuhnya pada siapa saja asalkan ada bayaran yang memuaskan hati. Sebab itu dia tak kesah bila bersama dengan Datuk Hakim kerana Datuk Hakim seorang jutawan malaysia. Memiliki berpuluh-puluh company dan anak syarikat yang masih utuh. Dia rela berkahwin dengan Zack pun sebab dia tidak mahu berjauhan dengan Datuk Hakim dan dia juga sanggup jadikan Zack sebagai kambing hitam untuk anaknya yang bakal lahir nanti. Anaknya dengan Datuk Hakim.





𝓓esiran angin malam membuatkan jiwa Janna sedikit tenang dan mendamaikan. Walaupun di Kota Metropolitan tak pernah mati dan juga kenderaan berpusu-pusu, Tetapi sedikit sebanyak, letih dan lelah di hatinya terubati sikit demi sedikit. Sesekali Janna berpaling memandang dua sejoli yang tengah bermesra berpelukan di hadapan club membuatkan Janna rasa meluat dengan adegan itu. Dia menggeleng kepala berkali-kali. Sampai saja di Ala Canggung Cafe, dia sengaja mengambil tempat yang paling hujung supaya tiada siapa yang mampu melihat dirinya ketika ini.

"Dah kenapa kau ambil tempat hujung sekali?" Tanya Shahrul lantas menarik kerusi.

"Saja." Ucap Janna bersahaja lantas bag pinggang di letak ke atas meja.

"Ni kau nak minum apa? Aku nak pergi order dekat sana." Tanya Hisham pula

"Sirap limau."

Selepas ambil order, Hisham terus melangkah meninggalkan meja.

"Kau nak nyanyi tak Janna?" Tanya Joshua.

Janna ketawa perlahan.

"Tak nak lah aku. Aku tak pandai nyanyi."

"Eh kau nak tahu tak Joshua?" Tanya shahrul tiba-tiba.

Joshua berpaling memandang Shahrul yang berada disebelah Janna.

"Tahu apa?"

"Kalau kau nak tahu, dia ni pandai nyanyi. Suara cenggini" Ucap Shahrul lantas buat tumb up.

"Serius lah?"

Ketawa Janna makin kuat kedengaran.

"Kau jangan percaya sangat apa yang mamat ni katakan, Semuanya tipu-tipu belaka."

Joshua berpaling memandang Shahrul.

"Eee i hate you Shahrul." Ucap Joshua dengan gaya yang manja dan menampar lembut bahu Shahrul. Akibat dengan itu, Shahrul melompat kegelian.

"Eh.. kau dah kenapa syaiton!"

Janna dan Hisham hanya ketawa melihat gelagat kawan-kawan yang masuk air. Bukan senang Joshua nak melawak macam tu. Selalunya Joshua hanya serius je memanjang. Tengah dalam keadaan riuh dengan gelak ketawa, tiba-tiba pendengaran Janna menangkap sesuatu melodi yang sangat indah di dengar. Bait kata dan alunan sungguh merdu.

"Seperti mimpi perkenalan itu cuma seketika. Namun di dalam hati dirimu ku terkenang jua. Engkaulah permata di dalam genggaman tidak ku sedari kaca yang bersadur keemasan terus kucari. Tertutup pintu hati minda tak berfungsi di ketika itu"

DENDAM ASMARAKde žijí příběhy. Začni objevovat