BAB 128

59 6 0
                                    

𝓑ukit Ampang adalah satu tempat perlancongan yang terkenal sejak zaman dulu lagi. Pernah beberapa kali viral dekat laman sosial dan sememangnya lokasi atas bukit ini menjanjikan pemandangan indah sekitar Kuala Lumpur yang tidak menghampakan.

Saban hari, tempat yang terkenal dalam kalangan golongan muda ini sentiasa menjadi tumpuan ramai bermula lewat petang sehinggalah tengah malam. Malah ia semakin menerima kunjungan ramai pada hujung minggu dan cuti umum. Yang pasti, pengunjung tidak perlu mengeluarkan belanja untuk melihat suasana indah dari tempat yang tinggi.

Kebiasaannya, selepas waktu Asar, Bukit Ampang mula dipenuhi pengunjung yang rata-ratanya tidak mahu melepaskan peluang menikmati pemandangan matahari terbenam.

Tidak cukup itu, pada sebelah malam pula, ia semakin menerima kunjungan ramai yang mana rata-rata yang datang ingin mengabadikan foto pemandangan Bandaraya yang tidak pernah tidur ini.

Paling menarik, di sini juga terdapat pelbagai gerai jualan yang menjual aneka makanan antaranya laksa Johor, kuey teow, bakso dan sebagainya. Sambil melihat pemandangan menakjubkan, orang ramai boleh menikmati hidangan istimewa di gerai-gerai yang terdapat sepanjang laluan dengan harga yang murah.

Farah menarik asap rokok dan perlahan-perlahan menghembuskan sambil matanya tak lekang memandang lampu-lampu yang berada di tengah-tengah bandar. Zack memandang Farah sekilas.

"Boleh i tanya sesuatu?"

Lambat-lambat Farah mengangguk.

"Kenapa you masih tak boleh move on dengan ex you?"

Farah ketawa perlahan. Rokok yang sekerat dicampak ke depan.

"Macam itu juga you, kenapa you tak boleh move on sedangkan hubungan you dengan dia dah lama berakhir?"

Zack menyilang tangan. Dia mendongak memandang dada langit yang penuh bintang.

"I ada sebab kenapa i tak boleh move on. Bukan i tak cuba untuk melupakan dia tetapi entah lah."

"Dia special untuk you?"

Lambat-lambat Zack mengangguk.

"Tapi i pasti dan yakin yang dia tak akan terima i lagi selepas apa yang dah berlaku dulu."

Farah berpaling mengadap Zack.

"You sendiri pasti dan yakin yang dia tak akan kembali kepada you tapi kenapa you masih tak boleh move on?"

Zack terdiam. Tak lama selepas itu dia kembali bersuara.

"Hati i. Hati i tak boleh untuk melupakan dia. I pernah berkahwin sebanyak dua kali. Kedua-dua isteri i dulu, tak pernah ada cinta dalam hati i untuk mereka. Dan i sendiri tak boleh nak menerima cinta mereka berdua sedangkan mereka betul-betul cintakan i."

"Sangat-sangat istimewa dia tapi kenapa you putus dengan dia? If you don't mind untuk bercerita dekat i"

"It's too complicated. Yang i tahu walau macam mana sekali pun i tetap akan dapat kan dia."

"Walaupun dia dah berkahwin sekali pun?"

Zack mengangguk kepala.

"Iya, walaupun dia berkahwin. I tak akan biarkan dia jatuh dekat tangan lelaki lain."

"You nak buat apa dekat dia?"

"Apa yang boleh i bagitahu dekat you, kalau i tak dapat cara baik, i akan guna cara kasar. Kalau tetap juga tak boleh, i akan guna cara halus"

Farah tersentak dan berpaling.

"Cara halus?"

Zack hanya mengangguk. Bibirnya mengukir senyuman yang sukar untuk di tafsirkan oleh Farah sendiri.

DENDAM ASMARATempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang