BAB 118

57 7 0
                                    

Hisham berpaling. Dia membetulkan duduk dan mengadap ke arah balcony. Gelas yang dihulur oleh Shahrul tadi di ambil lantas diletak ke atas meja yang berada dihadapannya.

"Entah lah."

Shahrul yang berada disebelahnya hanya meniup-niup air tersebut. Dia masih lagi menunggu cerita dari kawan baiknya itu.

"Perlu ke aku lupakan Ayu?"

Shahrul berpaling.

"Mungkin dah tiba masanya untuk kau lupa kan Ayu tu Hisham. Buka hati kau untuk perempuan lain."

Hisham berpaling memandang Shahrul.

"Macam mana?"

Gelas yang di pegang Shahrul diletak ke atas meja. Dia bersandar lantas berpeluk tubuh.

"Bila ALLAH dah letak tanda noktah, jangan ubah jadi tanda tanya. Jawapannya adalah move on." Ucap Shahrul bersahaja.

"Susah untuk aku move on Shahrul. Ayu tu cinta pertama aku."

"Semua orang tahu yang Ayu tu cinta pertama kau dan semua orang tahu yang kau tak boleh lupakan Ayu. Cuma kau kena ingat satu je, Ayu tak akan kembali"

Hisham terdiam. Gelas yang berada di atas meja di capai. Perlahan-lahan air yang masih berasap itu di tiup. Dia meneguk sedikit. Terasa segar.

"Mak aku."

"Kenapa dengan mak kau?"

Gelas tersebut diletak kembali ke atas meja.

"Dia suruh aku berkahwin dengan Maisara."

"Maisara? Maisara yang model tu ke?"

Lambat-lambat Hisham mengangguk.

"Mak kau kenal ke Maisara tu?"

"Apa pula tak kenal? Di sebabkan terlampau kenal lah mak aku beriya nak aku berkahwin dengan perempuan miang tu."

"Perempuan miang?"

Hisham berpaling sekilas dan mengangguk. Mukanya mencuka.

"Apa yang dia buat sampai kau cakap dia tu miang?"

"Setiap kali datang rumah, dia punya jalan tu macam dalam kain dia ada lalang. Terkepit-kepit, tergedik gedik, Stress aku. Adik-adik aku semua tak suka kat Maisara tu. Tapi mak aku lah beriya-beriya."

Shahrul ketawa perlahan membuatkan Hisham berpaling memandang ke arahnya.

"Kau kenapa ketawa?"

Shahrul berdeham dan dia menegakkan badan.

"Tak, tak ada apa."

"Kau jangan nak macam-macam eh Shahrul. Aku tengah stress ni tau tak."

Ketawa Shahrul yang ditahan tadi terburai juga akhirnya. Dia bukan sengaja nak ketawa, tetapi cara penyampaian Hisham tadi tu membuat hatinya bagai di geletek.

"Tak ada lah, kau ni pun. Dah tak payah nak stress-stress. Apa kata kau kenal je dulu dengan Maisara tu. Mana tahu dia sememangnya okay kan." Ucap Shahrul lantas membetulkan duduk.

"Macam ni lah. Apa yang boleh aku katakan, Ayu pun dah selamat dekat sana. Walaupun Ayu dah tak ada, aku tahu dia sentiasa ada dalam hati kau dan kau yang masih hidup ni kena teruskan dengan kehidupan kau. Buka hati kau untuk menerima perempuan lain walaupun aku tahu semua itu sukar bagi kau."

Hisham terdiam. Tak lama selepas itu dia mendapat satu akal. Dia harus kenakan Shahrul, Hisham berpaling.

DENDAM ASMARAWhere stories live. Discover now