BAB 89

69 8 0
                                    

"𝓐pa masalah kau ni Farah? Kehulu kehilir dah macam kucing hilang anak ni. Sakit lah kepala aku." Marah Malia kawan serumahnya.

Farah Hanim berpaling. Wajahnya menyinga.

"Eh kau diam lah Malia" ucap Farah seraya menekan-nekan nombor ditelefon bimbitnya.

Majalah wanita di letakkan ke atas meja.

"Kau telefon siapa sebenarnya?"

"Aku call Fikri, Tak angkat. Aih sakitnya hati aku ni"

Dahi Malia berkerut.

"Eh kejap, bukan kau dah putus dengan dia ke? Dah kenapa still nak call dia apa semua?"

"Kalau putus tak boleh call lah ye?"

Malia ketawa perlahan dan melangkah ke arah Farah.

"Kau putus dengan dia dah setahun lebih lah Farah. Tak ada maknanya lah dia nak dekat kau lagi. Entah-entah dia dah ada orang lain."

"Berani dia ada orang lain?"

"Apa pulak tak berani? Dia single kot"

"Aku tak akan izinkan dia ada perempuan lain."

"Kau dah tak boleh buat apa sebab kau yang mulakan dulu. Kau yang curang dengan Fikri tu."

"Kalau aku curang sekali pun, salah dia. Dia yang terlampau sibuk."

"Ooo kiranya kalau siapa-siapa yang couple dengan kau, bila diaorang sibuk, kau akan curang?" Tanya Malia

"Depends pada situasi lah. Kalau pasangan aku terlampau sibuk, aku keluar lah dengan orang lain. Itu pun di anggap curang ke?"

"Weh gila, mesti lah di anggap curang. Kau ni dah kenapa? Kau dah bertenggek dalam kereta orang, entah dia angkut kau kemana-mana, Ke hotel ke apa-apa ke kot dah bersama, masih lagi tak di anggap curang ke?"

Farah Hanim terdiam. Dia memandang Malia dengan pandangan yang tak puas hati.

"Aku tak rasa apa yang aku buat ni adalah satu kesalahan."

Malia ketawa dengan kata-kata yang keluar dari mulut kawannya itu.

"Haha! Aku pening lah dengan kau ni Farah. Tak salah kau kata? Aiyo. Kalau ada sepuluh orang macam kau ni, makanya hancus dunia ni tau. Macam ni lah. Aku ni tak cakap lah yang aku ni terlampau baik. Tapi aku ni tak pernah lah rasa nak curang dengan boyfriend aku. Dengan dia dengan dia lah. Baru bahagia."

Farah menghadiahkan jelingan tajam untuk Malia.

"Dasar kolot. Kau ingat zaman sekarang ni zaman batu ke sampai tak boleh keluar dengan kawan-kawan?"

"Kalau setakat kawan, pergi makan lepas tu balik. Kalau dah angkut kau dari pukul sembilan malam balik selepas subuh tu, bukan kawan dah. Itu nak mampus namanya. Apa yang kau buat pagi-pagi baru balik? Check in ke?"

Farah terdiam lagi. Terpukul dengan kata dari Malia.

"Sudah lah Farah. Kau stop call si Fikri tu. Dia dah tak nak dekat kau lagi dah. Kau tak malu ke? Kau nak call dia untuk apa?"

Farah berdengus kasar.

"Aku just nak tahu dia pergi mana. Dia update dalam story bukan main kat atas highway. Ee sakitnya hati aku ni"

"La! Biar jelah dia nak kemana pun. Yang kau sibuk sangat ni dah kenapa? Dia bukan boyfriend kau lagi cik Farah Hanim oi."

Farah terus bangun berdiri mengadap ke balcony. Tak lama tu dia mengukir senyuman yang sukar di tafsirkan.

"Aku tak akan benarkan dia bahagia dengan perempuan lain. Dia aku punya"

Malia hanya mampu menggelengkan kepala melihat kerenah Farah Hanim. Kalau dah kahwin bercerai orang panggil gila talak. Tapi kes kawan dia ni nak gelarkan apa? Aih.







"𝓗ey bro!"

Shahrul terus melangkah ke arah lelaki yang menegurnya terlebih dahulu. Tangan di depakan. Senyuman terukir di bibir.

"Kau apa khabar Fikri?"

"Haha! Aku baik Alhamdulillah. Kau?" Tanya Fikri

"Aku macam ni lah." Ucap Shahrul.

"Dah lama eh kita tak jumpa. Ada dekat dua tahun kan?" Tanya Fikri.

DENDAM ASMARAWhere stories live. Discover now