BAB 175

51 6 0
                                    

Dia memandang bulan yang terang di dada langit yang gelap.

"Life i biasa-biasa je. Tak ada yang menarik. Pasal kerja pulak, i sekarang buka business bridal. If you nak kahwin lagi satu nanti, boleh lah jumpa i. I bagi harga kawan-kawan"

Aman ketawa.

"I tak akan berkahwin dua sebab sekarang ni i dah single"

Janna berkerut dahi.

"Single? Means?"

"I duda lah. Kalau i nak berkahwin pun mungkin kahwin dengan you je. Tak nak kahwin dengan siapa-siapa dah"

Janna terdiam. Tiba-tiba dia terasa panas di bahagian mata.

"You?" Panggil Aman tiba-tiba

"Ye."

"You okay tak tu?"

Janna menganggukkan kepala. Lambat-lambat dia tersenyum.

"I okay je, don't worry"

"Boleh kan kalau i nak berkahwin dengan you?"

Janna berpaling ke arah pintu almari baju miliknya. Tiba-tiba dia tersenyum sinis.

"Ya sure." ucap Janna perlahan tetapi didengari oleh Aman.

Aman gembira tak terkata dengan jawapan dari Janna. Dia tersenyum memandang langit. Tak lama tu dia tersentak.

"Bagaimana dengan my son?" Tanya Aman tiba-tiba.

Dahi Janna berkerut seribu.

"Kenapa dengan your son?" Tanya Janna pulak.

"Yelah i kan dah ada anak. You boleh terima ke anak i tu? Boleh ke you anggap anak i ni macam anak you sendiri?"

Janna ketawa perlahan.

"Awal sangat you nak bercakap pasal ni dengan dengan i, Aman" Ucap Janna.

"Kenapa? Tak boleh ke?"

Janna ketawa perlahan. Dia mengesot untuk bersandar dikepala katil.

"Bukan tak boleh, kita baru je kenal kan?"

"Correction, kita baru je jumpa semula dan kita dah lama kenal" ucap Aman.

Janna terdiam. Pembetulan dari Aman membuat hati Janna sedikit sebanyak rasa sakit yang teramat sangat.

"Never mind dan kalau boleh tak perlu lah you nak cakap pasal kahwin dengan i lagi. Mungkin akan ada masa yang sesuai untuk bercakap pasal benda ni. By the way, dah berlama you duda?"

"Hmm yelah. I duda dah dua tahun dah you."

"Bercerai mati atau bercerai hidup?"

Aman terdiam. Dia teragak-agak nak menjawab.

"Hmm bercerai hidup."

Janna mengangguk kepala.

"So anak you siapa yang jaga?"

"Anak i sekarang i yang jaga."

"Oo you lah yang jaga? Sekarang ni you masih stay dekat Ampang ke?"

Aman mengubah posisi duduk.

"No lah you, selepas bercerai i terus ikut adik i duduk dekat johor. Sekarang ni pun i tolong adik i meniaga baju"

Janna mengangguk kepala tanda faham walaupun tak nampak oleh Aman Anaqi.

"I see"

"You." Panggil Aman setelah berdiam beberapa minit.

"Ye saya?"

DENDAM ASMARAWhere stories live. Discover now