BAB I92

55 6 0
                                    

"𝓡amlan bin isa?" Tanya Hisham.

Yusrizal menganggukkan kepala selepas Hisham menyebut nama tersebut. Hisham membelek file tersebut.

"Menurut orang kampung, dia ni seorang bomoh yang handal. Dan kali terakhir dia dilihat oleh kampung seminggu yang lalu. Selepas daripada itu, terus tak nampak lagi dah Ramlan ni. Menurut laporan dari cucunya itu orang panggil Ramlan ni dengan panggilan Tok Ngah."

Shahrul menganggukkan kepala.

"Ada apa-apa lagi info?" Tanya Shahrul.

"Ada lagi tuan. Menurut cucunya, kali terakhir dia melihat Ramlan sebelum dia balik ke rumah maknya. Dan hari yang sama juga dia balik tetapi Ramlan dah tak ada. Menurut saksi jiran sebelah, pada petang itu ada satu kereta masuk ke dalam halaman rumah.

"Tahu no plat kereta tu?"

Yusrizal menggelengkan kepala.

"Apa saksi tu cakap, dia hanya dengar dan tak terlintas untuk melihat."

Shahrul menganggukkan kepala. Dia mengetuk-ngetuk pen di meja dan otaknya memproses.

"Kalau macam ni susah sikit kita nak buat kerja." Ucap Hisham.

"Okay menurut saksi yang lain?"

"Tak ada Tuan. Apa yang di katakan oleh cucunya, Ramlan ni tak di sukai oleh orang kampung dekat situ."

"Sebab?"

"Reason, Ramlan ni seorang bomoh. Sebab itu orang kampung ni tak pernah ambil tahu prihal Ramlan ni. Just tengok-tengok macam tu je."

Shahrul mengangguk kepala tanda faham.

"Saya rasa kita kena pergi dekat rumah Ramlan untuk dapat clue yang boleh kita tahu kehilangan dia" ucap Shahrul.

"Boleh dan tak ada masalah pun sebab kejap lagi memang saya perlu pergi sana lagi." Ucap Yusrizal.

Shahrul menyerah file tersebut kepada Yusrizal.

"Okay tak mengapa kamu boleh keluar dulu. Nanti nak ke sana inform saya dan kita akan pergi sekali." Ucap Shahrul.

"Baik Tuan." Ucap Yusrizal seraya menunduk sedikit.

"Okay."

Hisham berpaling memandang Shahrul.

"Kes ni macam berat sikit. Dah beberapa hari hilang baru nak buat report."

"Biasa lah tu nak mencari ni kena makan masa sikit. Kalau jumpa Alhamdulillah kalau tak jumpa kena redha lah. Tapi aku tahu kita akan jumpa juga nanti"

"Tu ah tu. Eh jom lah pekena kopi o dulu. Aku mengantok lah."

Shahrul ketawa perlahan. Dia terus bangun berdiri.

DENDAM ASMARAWhere stories live. Discover now