BAB 152

52 6 0
                                    

"Weh! Mata kau."

Sebenarnya Janna tak pun pandang ke arah kawan baiknya, tetapi dia memandang ke belakang Hani. Ada satu lembaga berbulu. Janna mendongak atas sambil meniup-niup meggi yang dia gulung dengan gafru.

"Janna kau tengok apa?" Tanya Hani ketakutan.

Dia terus bangun dan berdiri disebelah kerusi. Dalam masa yang sama dia turut memandang ke arah yang di pandang oleh Janna.

Janna hanya tersenyum lantas menyuap meggi tersebut ke dalam mulut.

"Janna!!" Jerit Hani kuat

"Apa?"

"Kau nampak apa?"

"Tu dekat belakang kau tu." Ucap Janna seraya sambung makan.

"Ha??"

Hani cepat-cepat melangkah ke arah Janna dan lengan Janna di pegang kuat.

"Weh apa benda yang kau tengah nampak ni Janna!!" Tanya Hani seraya menarik-narik lengan kanan Janna.

"Jangan lah tarik, Jatuh kang meggi ni"

Hani memandang sekeliling. Ketakutan mula menguasi diri. Dia tetap menarik lengan kanan Janna.

"Ye, ye. Pergi buka pintu." Ucap Janna

Cepat-cepat Hani melangkah ke arah pintu dan Janna pula menarik zip dekat bag pinggangnya. Dia keluarkan satu botol air batu delima dan menuang ke atas tapak tangan lalu membaca tiga qul. Selesai semua Janna terus melayangkan air tersebut ke depan.

"Balik!" Arah Janna.

Tak lama selepas itu benda yang berbulu tu terus keluar di sebalik pintu rumah.

"Tutup!"

Hani cepat-cepat menutup pintu tersebut. Hani memandang Janna. Dia lambat-lambat melangkah ke arah meja.

"Dia ikut kau tadi." Ucap Janna perlahan.

Sudu dan gafru di capai lalu Janna menyambung makan. Hani pula terpingga-pingga lalu duduk di sebelah Janna. Wajahnya pucat. Janna memandang Hani.

"Asal?"

"Aku.. aku takut lah. Benda apa tadi?" Tanya Hani seraya duduk.

"Dia ikut kau tadi."

Hani terdiam.

"Ni kau nak tahu tak cerita aku ni?"

Lambat-lambat Hani mengangguk kepala.

"Eh dah lah, Aku nak makan dekat dalam bilik. Kau duduk lah dengan hantu tu." Ucap Janna seraya bangun.

Hani yang terkejut terus memegang tangan kanan Janna.

"Eh jangan lah, Ahh kau ni."

Janna tersengih lantas duduk semula.

DENDAM ASMARAWhere stories live. Discover now