BAB 130

55 6 0
                                    

"Hmm ye ma. Kenapa kacau Ik pagi-pagi ni ma?"

"Hey cuba you tengok jam sekarang dah pukul berapa? Dah pukul sembilan okay."

Ikhram mengeluh perlahan. Dia menggaru kepala yang tak gatal.

"Ma, pukul sembilan tu masih pagi lah ma, Please lah."

Datin Sari menggeleng kepala. Sakit jiwa dia dengan anak lelaki dia ni.

"No! Bangun sekarang dan please datang dekat cafe. Nak berbincang sikit."

"Nak berbincang apa ma? Benda dah selesai kan?"

"Selesai kalau you datang sini."

Ikhram mengeluh lantas bangun duduk. Remote penghawa dingin di capai lantas menekan butang Off.

"Okay fina! Ik datang sekarang." Ucap Ikhram lantas menekan butang hijau.

Datin Sari tersenyum. Dia berpaling memandang Janna.

"Janna, nanti anak i datang."

Janna hanya tersenyum lantas mengangguk kepala.

"Sementara itu Datin sarapan lah dulu. Nanti tak sedap kalau sejuk."

Datin Sari hanya mengangguk.

"Hai" sapa seseorang.

Janna dan Datin Sari berpaling. Dia tergamam seketika selepas melihat lelaki yang berdiri tegak di tepi meja. Lelaki tersebut melemparkan senyuman manis terhadapnya.

"Eh Zarul, buat apa kat sini? Bila sampai?" Tanya Datin Sari bertalu-talu.

"Baru je sampai dan Ik suruh tunggu dekat cafe ni. Itu yang Zarul datang sini"

"Oh yeke, sorry-sorry lupa pulak i nak kenal kan dekat you. Janna ini anak kakak i, namanya Zarul Hakimi."

Zarul tersenyum lantas menghulurkan tangan. Lambat-lambat Janna menyambut tangan Zarul.

"Bertemu lagi kita." Ucap Zarul Hakimi.

Janna hanya tersenyum sumbing sambil menarik tangannya kembali tetapi Zarul sengaja mengenggamnya kuat.

"Memang tak ada adab ke genggam tangan orang sampai tak nak lepas?" Tanya Janna.

Walaupun volume suaranya perlahan tetapi masih lagi di dengar oleh Zarul Hakimi.

"Ops sorry" ucap Zarul lantas melepaskan tangan Janna.

Janna kembali duduk dan diikuti oleh Datin Sari dan juga Zarul Hakimi. Suasana yang awkward membuatkan dia berasa kurang selesa apatah lagi Zarul bertindak untuk memandang ke arahnya.

"Datin."

Datin Sari berpaling memandang ke arah Janna.

"Ye?"

"Ikhram lambat lagi ke?"

Datin Sari memandang jam di tangan.

"Mungkin kejap lagi dia akan turun. Ha tu." Tunjuk Datin Sari.

Janna berpaling dan dalam masa yang sama, Jantungnya berdegup laju....







"𝓚ita nak ke mana ni?" Tanya Hani seraya memandang Fikri yang tengah memandu dengan tenang.

"Taman Botani."

"Buat apa kat situ?"

DENDAM ASMARAWhere stories live. Discover now