BAB 36

91 9 0
                                    

Sepuluh tahun kemudian~

𝓙anna berlari-lari anak menuju ke arah butiknya yang terletak di damansara. Sesekali dia mengerling jam ditangan. Sudah lewat satu jam. Nasib baik hari ini dia tak ada hal yang mustahak, kalau tidak mesti orang akan Levelkan dirinya seorang yang tak panctual. Credibility mesti kena jaga.

"Ooooop ! Nak pergi mana?"

Janna berpaling. Lengan Shahrul menghalang dari dia melangkah. Satu jelingan dihadiahkan.

"Aku nak masuk butik lah. Kenapa kau tanya wahai Encik Megat Shahrul Anuar?"

"Ala awal lagi lah Janna. Jom teman aku pergi breakfast nak?"

"Eh kau! Mana awalnya? Dah pukul 11 okay, Aku dah lewat satu jam tau. Tepi!"

Shahrul hanya menjuih bibir serta mengikut gerak bibir Janna yang tengah mengomel.

"Cik Janna Melissa, kau ni bila aku ajak kau pergi makan, ada saja ulah kau ye nak lari dari aku. Aku ada buat salah ke?"

Dia memandang ke arah Shahrul. Seorang lelaki yang tampan, bermata hazel dan bermata galak. Senyuman yang seksi. Siapa yang memandang senyuman itu akan cair. Tubuh badan yang tegap, bidang yang besar dan sentiasa berpakaian kasual menampakkan lagi ketampanan Shahrul. Abang sado katakan. Berlesung pipit hanya sebelah kiri.

"Dah habis dah tilik muka aku?"

Janna menjeling lantas memandang ke arah lain.

"Aku tanya ni, aku ada buat salah ke dengan kau? Asyik nak jauhkan diri dari aku je"

"Kau tanya ni, kau ada buat salah dekat aku ke?" Tanya Janna seraya mengangkat kening sebelah.

Shahrul mengetap bibir menahan geram.

"Cik Sayang, aku ni bertanya soalan, kenapa kau ajukan balik soalan tu dekat aku? Buat pasal kau ni" Marah Shahrul

Janna ketawa bila melihat Shahrul marah. Selama dia berkawan dengan Shahrul, susah sungguh dia nak tengok mamat ni marah, tapi bila sekali marah rasa kelakar pulak. Geli hati.

"Kau ketawa? Tak ada! Hari ini kau kena teman aku breakfast, titik" Ujar Shahrul lantas lengan Janna ditarik.

Janna hanya mengikut Shahrul dari belakang. Dia tahu sangat dengan perangai mamat yang berada didepannya itu. Kalau ditolak makin menjadi paksaan dia. Nak atau tak nak dia terpaksa merelakan kakinya mengikut langkah Shahrul sampai ke kereta.

"Suka paksa lah dia ni."

Shahrul hanya tersengih menampakkan lesung pipitnya.

"Kena lah paksa. Kalau tak paksa, banyak sangat alasan kau. Itu lah ini lah. Bukan aku ajak pergi mati, aku ajak pergi makan je pun. Huh! Dah masuk."

Janna terus meloloskan tubuhnya ke dalam kereta. Pintu ditutup rapat. Shahrul terus memandu dengan kelajuan yang sederhana.

"Aku suka tengok kau berpakaian macam ni."

Janna terus memandang kearah tubuhnya.

"Macam mana?" Tanya Janna.

"Yelah macam sekarang ni lah. Nampak lah keayuan, kewanitaan tu. Kalau dulu seluar jeans, tshirt, jaket."

Janna ketawa perlahan. Memang betul apa yang Shahrul katakan. Dulu dia seperti tomboy. Tak pernah langsung dia berpakaian wanita. Jangan kata berpakaian wanita, baju kurung pun hanya ada sehelai. Itu pun berguna bila ada kenduri saja. Kalau tidak, berkarat lah dalam almari tu. Dia berpakaian seperti ini pun selepas dia mengambil alih butik pengantin pemberian Puan Cherry. Dia perlu bangkit dari kesakitan yang diberikan oleh lelaki.

"Janna."

Janna tersentak selepas namanya dipanggil. Dia berpaling ke arah Shahrul yang tengah memandu.

"Ye?"

"Nak sarapan dekat mana?"

Dahi Janna berkerut seribu.

"Ehh kau yang ajak aku pergi sarapan lepas tu tanya aku pulak dah kenapa?"

Shahrul ketawa secara spontan.

"Haah kan. Sorry aku lupa" ucap Shahrul lantas membelok.

Dia menggelengkan kepala melihat tingkah laku Shahrul. Rasa nak tumbuk-tumbuk sampai lumat je lah mamat ni.

"Kau macam mana sekarang?" Tanya Shahrul tanpa memandang wajah Janna.

Dia tersenyum.

"Macam ni jelah"

"Maksud aku kau still dendam dengan lelaki?"

Janna mengangguk kepala.

"Janna lelaki yang kau mainkan tu, diaorang tak ada salah pun dekat kau."

"Sama saja dah nama pun jantan, memang tak berguna"

-Throwback-

𝓣erimbas kembali masa dia berkenalan dengan Qayyum. Seorang lelaki yang berasal dari pantai timur. Perkenalan dengan Qayyum semasa hari raya aidilfitri di Terengganu.

"Johan, siapa tu?" Tanya Qayyum.

Johan memandang ke arah yang ditunjukkan oleh Qayyum.

"Yang mana?" Tanya Johan.

DENDAM ASMARAWhere stories live. Discover now