BAB 14

97 10 1
                                    

Janna yang pada mulanya agak serius, turut ketawa dengan apa yang keluar dari mulut Joshua

"Bongoknya lah hai dia ni" Ucap Janna sambil menggeleng kepala.

Shahrul terus buat muka bengang. Sudahlah jawapan yang di tunggu tak dapat, di perli pula. Apalah nasib.

"Lebih-lebih korang berdua ni. Yang selalu nampak macam tu adalah Khir. Korang semua lupa ke Khir kalau auntie tua lalu depan pun dia cakap cantik, seksi. Padahal berkedut sana sini. Itu lagi teruk"

Joshua dengan Hisham masih lagi ketawa tak henti-henti.

"Betul tu! Itu aku sokong sebab pernah gila dia ayat aci tua depan muka aku. Dah pulak satu hal aku dengan Khir kena kejar dengan laki aci tu." Sampuk Hisham.

Bersambung-sambung ketawa mereka bertiga.

"Weh, boleh tahan eh kita bertiga ni mengumpat orang" Bisik Shahrul yang masih dalam keadaan mood ketawa.

"Betul tu nyah." Sampuk Joshua.

Janna tak menarik dengan apa yang di ceritakan oleh kawan-kawannya. Apa yang menarik di matanya adalah satu lirikan mata dan wajah yang amat mempersona baginya ketika itu. Dalam diam, ada senyuman di tangkai hatinya.






𝓚alau bintang di dada langit itu mampu dia capai, pastinya di campak jauh-jauh ke kutub utara. Biar hilang cahaya. Biar gelap seluruh dunia segelap hatinya. Asap yang keluar bergulung-gulung dari bibirnya di biarkan. Bunyi kenderaan yang tidak henti-henti umpama mahu memecahkan hati. Bagaikan lagu cinta yang tidak kesampaian.

Aman Naqib menggosok dagu.

Bodoh.

Kerana cinta dia jadi bodoh. Aman tersenyum sendiri. Mengejek diri. Telefon bimbitnya pula berdering. Aman menggaru kepala. Kenapa ketika dia mahu bermelankolik, mahu melayan jiwa, ada saja gangguan. Aduhai... dia pandang ke skrin, melihat siapa sang pemanggil. Dia menekan punat, menyambut panggilan tersebut.

"I minta maaf" Suara Bella kedengaran di hujung talian.

Terukir senyuman sumbing di bibir Aman.

"Maaf? Untuk apa?"

"Dengan apa yang terjadi antara kita berdua."

Aman ketawa secara tiba-tiba.

"Sudahlah Bella. You yang nak sangat putus di sebabkan jantan tu, just go! I dah tak kesah lah Bella."

Dayang Nabella mengeluh perlahan. Dia tahu bila dia bercakap apa sekali pun, lelaki di hujung talian ni tak akan mendengarnya.

"Dia itu cuma kawan i, Tak lebih dari itu."

Aman ketawa lagi. Tapi kali ini rasa satu badannya di geletek kuat.

"Oh kawan? Kawan siap berpeluk? Bercium? Apa tu? Sudah lah bella. Aku sudah muak dengan sendiwara dari kau ni. Aku ni sangat-sangat bodoh sebab aku percaya dekat kau. Kawan-kawan aku ni cerita buruk pasal kau dekat aku tetapi aku pekakkan telinga sebab apa? Sebab aku percayakan dekat kau. Kau ni bodoh ke apa?"

Dihujung talian terdengar tangisan halus. Aman mengeluh berat.

"Sudah lah, Tak perlu lagi kau nak menangis bagai. Aku dah tak nak ada apa-apa lagi dengan kau Bella. Ini keputusan muktamat yang aku harus buat. Biar sejarah cinta kita sampai sini. Aku pergi!"

Bella tersentak dengan akhir kata dari Aman dan bertindak untuk bersuara, tetapi dia terlambat kerana panggilan tersebut di matikan oleh Aman. Apa yang dia mampu buat hanyalah menyerah kepada takdir.

"Apa yang ditermenungkan tu?"

Aman berpaling. Tak lama kemudian bibirnya mengukir senyuman. Segala kenangan seminggu yang lalu menerjah di ruang kepalanya hilang bila di sergah oleh Eddy.

"Tak ada apa lah Dy, Saja termenung"

Eddy melemparkan senyuman kepada Aman. Dia faham benar dengan kawan itu.

"Ni minggu depan ada Function dekat Shah Alam. Nak join? Atau Manja nak suruh kau jaga burger dia lagi?"

Aman bangun melangkah ke arah Eddy.

"Aku tak pastilah. Mungkin aku ikut kau kot."

Eddy menjuih bibir.

DENDAM ASMARAWhere stories live. Discover now