BAB 144

48 6 1
                                    

"𝓜acam mana tidur malam tadi? Lena?" Tanya Amin.

Aman menggelengkan kepala. Selepas pada kejadian dia berjumpa dengan Janna, sampai ke malam dia mencari. Tetapi dia kelibat Janna tak ditemui.

"Sabar lah Aman. Insyallah kalau betul niat kau nak perbetulkan balik apa yang dah berlaku sebelum ni, kau akan berjumpa dengan dia lagi." Ucap Suraya.

Aman mengeluh perlahan. Dia memandang Aakif. Kalau tak kerana Aakif hilang semalam, sudah tentu dia tak jumpa dengan Janna. Dia perlu berterima kasih dengan anaknya itu.

"Aman"

Aman memandang Amin di hadapannya.

"Lepas breakfast ni kau kena sound check tau dengan diaorang. Aku rasa diaorang tengah prepair tu."

"Boleh tak kalau aku nak cari Janna sebelum sound check?"

"Ya allah kau ni Aman. Boleh sabar kan? Kita settlekan kerja dekat sini dulu. Lepas dah settle, jangan risau aku tolong kau cari Janna"

Lambat-lambat Aman menganggukkan kepala. Nak atau tak nak dia kena mengalah. Dia memandang ke luar. Harap sangat yang dia dapat berjumpa dengan Janna lagi.

"Jom lah. Kalau dah siap sarapan jom lah kita ke depan." Ucap Amin.

Aman terus mengikut Amin dari belakang. Di suatu sudut dipenuhi dengan instruments. Aman seraya capai mic dan mencubanya.

"Satu, dua, tiga test test"

"Macam mana? Okay?" Tanya Ajad.

Aman seraya mengangguk kepala. Tumb up di berikan.

"Okay cantik." Ucap Ajad.

"Kita test lagu kembali terjalin." Ucap Ajad kepada yang lain. Rata-rata mengangguk kepala.

Seketika kemudian, melodi di mainkan.

"Seperti mimpi perkenalan itu cuma seketika. Namun didalam hati dirimu ku terkenang jua. Engkaulah permata didalam genggaman tidak kusedari"

Janna melangkah masuk ke dalam resort tersebut. Dia memandang Aman yang tengah mendendangkan lagu kembali terjalin. Mata keduanya bertaut.

"Kaca yang bersadur keemasan terus kucari. Tertutup pintu hati minda tak berfungsi diketika itu. Tak tahu menilai mana yang tulin mana yang palsu
Diakhir akhir ini ketika aku dalam kesepian. Terasa kejahilan itu bagiku satu kerugian"

Air mata yang dia tahan, mengalir. Segala kenangan yang sepuluh tahun dulu kembali bermain di dalam fikirannya. Janna cepat-cepat mengesat airmatanya dan dia berpaling kebelakang. Belum sempat dia hendak keluar dari resort itu, Shahrul sudah berada di depan matanya tengah bersandar ke kereta. Janna tergamam seketika. Dia memandang Shahrul. Dia tahu walaupun ketika itu Shahrul berkaca mata, Shahrul turut memandang ke arahnya. Lambat-lambat dia melangkah ke arah Shahrul.

"Dia dekat sini?" Tanya Shahrul perlahan.

Janna hanya mengangguk. Sesekali dia mengesat air mata yang mengalir.

"Pergi lah, kali ini aku izinkan." Ucap Shahrul dengan suara yang tersekat.

Janna memandang Shahrul.

"Apa?"

Shahrul tersenyum. Kedua bahu Janna di pegang.

"Aku tahu, ini yang kau nak kan?"

Janna menggelengkan kepala.

"Pandang aku." Ucap Shahrul.

Janna berpaling ke arah lain. Ketika ini dia tak sanggup untuk memandang ke arah Shahrul.

"Pandang aku sayang." Ucap Shahrul lagi. Shahrul menarik dagu Janna membuatkan Janna menoleh ke arahnya.

"Kau kata kau cinta aku sayang aku tetapi kau minta aku pergi dekat dia? Mental problem ke kau ni?"Soal Janna dengan perasaan sakit hati.

DENDAM ASMARAWhere stories live. Discover now