BAB 66

61 7 0
                                    

"Boleh. Ada paru dekat sana." Ucap Janna happy.

"Suka betul eh kau."

Janna hanya ketawa sambil memandang ke arah Shahrul yang tengah fokus memandu. Dia berpaling ke hadapan semula.

"Janna."

"Ye."

"Aku nak tanya sikit boleh?"

"Boleh, Tanya lah."

"Tiga hari lepas kau jumpa siapa dekat mall?" Tanya Shahrul lembut.

Dia terus berpaling memandang Shahrul.

"Kau buat lagi ke?" Tanya Janna.

Shahrul cepat-cepat geleng kepala.

"Eh tak."

"Habis tu macam mana kau tahu?" Sangkal Janna.

"Kawan aku bagitahu dekat aku yang kau ada jumpa someone dekat mall. Siapa lelaki tu?"

Janna mengeluh perlahan.

"Eii memang tak selamat dengan kau ni?"

Shahrul ketawa perlahan.

"Apa pulak tak selamat? Kira selamat lah tu. Ke mana saja kau pergi, kawan-kawan aku akan bagi info dekat aku. Tak ada lah aku susah hati."

Janna terus buat muka tak puas hati.

"Wah kau, lebih nampak."

"Okay-okay. Siapa lelaki tu? Apa yang dia nak dekat kau?"

"Entah lah Shahrul. Aku tak kenal pun siapa mamat tu. Masa tu aku ada kerja sikit kat dalam mall tu. Aku pergi cafe dan minum. Lepas tu tiba-tiba mamat tu tah datang dari mana aku tak tahu. Nak berkenalan katanya dan yang kelakarnya dia berpakat dengan mak dia."

Shahrul berpaling sekilas ke arah Janna.

"Maksud kau berpakat apa?"

"Tak ada lah berpakat apa. Hari tu ada mak dia datang butik aku dan berborak dengan aku apa semua. Then mak dia tanya kenal tak Zarul. Aku cakap lah yang aku tak kenal. Rupanya diaorang pernah jumpa aku masa event fesyen show hari tu dan si Zarul ni dah jatuh cinta katanya dekat aku."

Shahrul mengangguk kepala.

"Habis tu apa yang kau cakap dekat mamat tu?"

"Eh kau gila ke? Aku kenal pun tak. Memang tak adalah aku nak sambut cinta dia tu."

Shahrul ketawa perlahan. Dia sudah agak jawapan dari mulut Janna. Janna yang sekarang ni tak mudah memberi cintanya kepada orang lain, termasuk dirinya sendiri.

"Itu je?" Tanya Shahrul.

Janna hanya mengangguk kepala.

"Itu jelah. Apa kau ingat aku nak bertepuk tampar dengan dia dalam mall tu ke? Eh memang idok ler teman."

"Okay-okay."

"Dah lah aku malas nak cakap apa-apa dengan kau"

"La kenapa pulak?"

"Sana sini semua orang nak bagitahu dah kenapa?"

Shahrul ketawa melihat mulut muncung dari Janna.

"Nak buat macam mana sayang, dah kenalan aku ramai. Redha jelah."

Janna terus memberi jelingan maut dekat Shahrul. Nasib baik dia bukan awek Shahrul. Kalau tak naya Pak Karim.

"Sudah-sudah, simpan jelingan maut kau tu. Kita dah sampai."

Janna tak mengendahkan apa yang Shahrul katakan, malah selepas kereta berhenti di parkir, dia terus keluar dan meninggalkan Shahrul yang masih lagi terkial-kial buka seat belt. Shahrul berlari-lari anak mendapat Janna yang jauh kedepan.

"Kau jalan laju-laju nak ke mana Janna oi."

"Biar ah"

Mereka terus masuk ke dalam bangun IOI City Mall. Salah satu cafe di pilih oleh Janna dan dia mengambil tempat yang paling belakang. Tak betah dia bila orang ramai melihat dia makan.

Selesai order dan selesai makan, Shahrul terus mengatakan hajatnya.

"Sebenarnya aku ada benda nak cakap."

"Apa dia?" Tanya Janna seraya menyedut air oren.

"Aku nak lamar kau jadi isteri aku." Ucap Shahrul lantas mengeluarkan kotak merah dari poket seluar.

"Uhuk. Uhuk"

Shahrul terus bangun dan menepuk belakang Janna dengan perlahan.

"Kau okay tak?"

"Aku okay okay." Ucap Janna seraya capai tisu dan lap mulut.

DENDAM ASMARAWhere stories live. Discover now