BAB 61

70 8 0
                                    

"𝓢ampai bila you nak layan i macam tunggul dalam rumah ni Zack?" Tanya Lailya seraya melangkah duduk bersebelahan dengan suaminya yang dingin.

"Sampai i betul-betul terbuka hati untuk menerima you sebagai penghuni dalam hati i."

"Habis selama ini you ajak i berkahwin untuk apa kalau you sendiri tak cintakan i?"

Zack berpaling memandang frame bunga yang tergantung di dinding. Frame tersebut hadiah daripada Janna.

"Zack, i talking to you. You tak boleh buat i macam ni. I'm your wife."

Zack mengeluh. Kepalanya tiba-tiba terasa semak.

"You nak tahu sangat ke kenapa i berkahwin dengan you?"

Lambat-lambat Lailya mengangguk kepala.

"Yes i nak tahu."

"I berkahwin dengan you sebab i kesian dekat you saja. My dad pulak tak habis-habis minta i berkahwin. Kalau i tak berkahwin, i tak akan dapat satu sen pun harta keluarga i jadi itu sebab lah i berkahwin dengan you. Janda macam you, apa yang you nak kesahkan. Betul tak? Janji duit tiap-tiap bulan masuk dalam akaun you."

Lailya terdiam. Hatinya seperti di panah petir. Maruahnya seperti di pijak-pijak.

"You ajak i kahwin sebab you nak harta daddy you?"

Zack Amri mengangguk kepala. Kalau tak kerana harta Datuk Hakim, tak ingin dia nak berkawin dengan janda anak satu ni.

"Tergamak you kan buat i macam ni. Oh patut lah you tak pernah nak layan i macam seorang isteri. Dan patut lah selama ini you tak pernah nak sentuh i."

"Ya." Jawab Zack santai.

Dengan sikap Zack yang bersahaja menambahkan lagi sakit di hati Lailya.

"What's wrong with you, Zack? You jadi macam ni sebab you tak boleh nak move on dengan Natasya ke? Eh dia dah meninggal lama lah. Now, i'm your wife. You tak boleh nak buat i macam ni. You tak boleh nak abaikan i macam tu je." Ucap Lailya dan bangun berdiri.

Dia melangkah ke arah balcony dan berpeluk tubuh.

"I ingat ke lepas i bercerai dengan my ex, i dapat lah yang paling better, rupanya lagi teruk dan lagi kejam dari my ex. Patut lah semalam bila i ajak you pergi jumpa dengan anak i, you tak nak. Rupanya you tak pernah anggap i dengan anak i ni sebahagian dari hidup you." Ucap Lailya sayu. Dia sudah buat kesilapan yang besar dalam hidupnya.

Zack bangun dan melangkah ke arah Lailya.

"I tak pernah cinta kan siapa-siapa selain Janna. I akui kesilapan i kerana i permainkan dia suatu ketika dulu. Sekarang ni apa yang ada dalam fikiran i adalah dia. No one else."

Lailya berpaling. Kata-kata yang keluar dari mulut suaminya ibarat belati.

"Habis tu kenapa you tak kahwin saja dengan dia? Kenapa you kena bagi harapan dekat perempuan lain?"

"Sebab dia dah tak nak dekat i."

Lailya ketawa perlahan seperti mengejek

DENDAM ASMARAWhere stories live. Discover now