BAB 164

53 5 0
                                    

"𝓚enapa kau ni? Muka masam mencuka je." Ucap Amin.

Aman yang tengah baring tadi, terus duduk. Tv yang terpasang dari tadi, tidak menarik baginya.

"Entah lah. Aku rasa Janna ni dah berubah lah Amin."

Amin terus melangkah duduk bertentangan dengan Aman.

"Maksud kau?"

"Tak ada lah. Aku ada text dia semalam, tapi sampai ke sekarang dia tak balas text aku.

"Dia sibuk kot"

"Takkan lah sibuk sampai tak boleh nak balas text dari aku?"

Amin mengeluh perlahan.

"Aman kau kena lah bagi dia masa sikit. Kau ni pun."

"Aku memang bagi dia masa tapi dalam masa yang sama tak salah kan kalau permulaan tu saling balas membalas text, call ke"

"Itu lah. Dulu masa dia ada, sibuk kejar orang lain. Sekarang ni bila dia tak balas text kau cepat-cepat, sibuk cakap dia itu ini."

"Tak ada lah. Aku cuma nak tebuskan balik salah dan silap aku selama ni. Sekurangnya dia tak dendam lah dekat aku."

Amin berpaling memandang ke arah Aman

"Sekarang ni kau couple dengan dia ke?"

Aman menggelengkan kepala.

"Belum lagi. Sekarang ni yang aku tahu aku nak pikat balik hati dia untuk terima aku macam dulu."

"Tapi dulu kau lain Aman, Sekarang kau dah ada anak. Dia boleh ke terima semua tu?"

Aman terdiam. Dia memandang Amin dihadapannya. Dia langsung tak terfikir sama ada Janna terima anak dia ataupun tidak.

"Kenapa kau diam?"

Lambat-lambat Aman menggelengkan kepala. Rokok yang berada di tangan, di sedut dalam-dalam.

"Kau kena fikir juga tau. Aku risau dia tak terima anak kau tu."

"Yelah." Ucap Aman sepatah.








"Macam mana boleh jadi macam ini?" Tanya Fikri tiba-tiba.

Selepas dia dapat panggilan daripada Shahrul pagi tadi, dia terus bergegas ke rumah Janna. Hatinya sedikit tak tenang.

"Aku pun tak pasti kenapa. Yang aku tahu, semalam bila aku dengan Janna sampai rumah, Hani dah berdarah-darah dah. Tapi kalau kau nak tahu juga, kau kena tunggu Janna sedar" ucap Hisham yang tengah berdiri dekat balcony.

Dia memandang Janna dan Hani yang tak sedarkan diri di ruang tamu.

"Korang berdua dari malam semalam? Tanya Fikri lagi.

"Haah, kitaorang tunggu salah sorang sedar. Tapi still sama" ucap Shahrul pulak.

Fikri melangkah dan duduk di atas sofa.

"Uhuk.. uhuk"

Hisham dan Shahrul terus berpaling memandang ke arah Janna.

"Ya allah sakitnya." Ucap Janna perlahan.

DENDAM ASMARAWhere stories live. Discover now