BAB 115

71 8 0
                                    

Takbir raya yang berkumandang di kaca TV membuatkan hati Janna sedikit sayu. Dia melemparkan pandangan di luar rumah. Alangkah bahagianya dia kalau dia dapat merasai apa yang orang lain rasa. Tetapi dia harus bersabar kerana apa yang dia inginkan tak semudah itu untuk dia capai.

"Assalamualaikum."

Janna berpaling memandang ke arah pintu.

"Waalaikumsalam." Jawab Janna perlahan.

"Janna!!!" jerit Hani dekat depan pintu rumah.

"Iyo."

"I miss you so much!" Ucap Hani lagi seraya melangkah ke arah teman serumahnya.

Tangan di depakan dan tubuh Janna di peluk, erat.

"Kau dah kenapa?"

"Hmm aku bosan lah kau tak ada" ucap Hani.

"Banyak lah kau punya bosan. Pukul nak?"

"Uii garang. Baru makan tebuan ke tu?"

"Haha Belum lagi lah."

Hani yang masih dalam keadaan macam itu tiba-tiba tersentak. Tak lama tu pelukkan di longgarkan dan dia berpaling memandang ke arah Janna.

"Fikri"

Janna turut berpaling.

"Kenapa dengan mamat tu?"

"Dia ajak aku kahwin. Aku pening lah."

"La kenapa kau nak pening pulak? Kira okay lah tu dia ajak kau berkahwin dari couple lama-lama lepas tu tak berkahwin, buat maksiat sana sini. Ha"

Hani terdiam.

"Bukan macam itu,"

Hani terus melangkah dan duduk di sofa. Tangan Janna di tarik supaya duduk di sebelah Hani.

"Aku dengan dia kan tak pernah kenal langsung. Bercakap pun tak pernah masa dekat kampung Shahrul tempoh hari. Tahu-tahu dia ajak kahwin. Kau tak rasa ke yang dia ni sesuatu sangat?" Tanya Hani seraya berpaling memandang ke arah Janna.

"Tak ada lah. Bagi aku normal je kalau baru kenal dan ajak kahwin. Mungkin lah, mungkin cara dia macam orang dulu-dulu. Kenal lepas tu ajak kahwin. Tapi kan dia ada bagitahu dekat aku tempoh hari yang mak dia suruh dia kahwin. Jadi sebab ini lah kot."

"Mak dia suruh kahwin?" Tanya Hani perlahan.

Janna hanya mengangguk. Matanya memandang kaca TV.

"Aku dah agak dah. Mesti ada sesuatu punya sebab tu beriya ajak aku kahwin." Omel Hani perlahan. Dia mengepal penumbuk.

Janna berpaling.

"Kau dah kenapa cakap sorang-sorang? Dah gila ke?"

Hani mengeluh berat.

"Aku dah agak dah Janna, dia ajak aku kahwin secara tiba-tiba mesti ada sebab."

"Apa sebabnya?"

"La kau yang cakap tadi tu kan? Mak dia suruh kahwin."

"Eh sudah lah. Geram lah aku dengan kau ni, Hani. Macam ni lah, kalau kau rasa tak nak kahwin dengan dia, kau pergi jumpa dia dan cakap yang kau tak nak kahwin, simple. Tak payah pening-pening kepala." Ucap Janna seraya bangun.

"Tapi kau kena tolong aku lah."

"Tolong apa pula?"

"Teman aku."

Janna berpaling.

"Hello cik kak, esok aku ke langkawi balik. Aku duduk sana sampai awal bulan dan pandai-pandai lah kau settlekan masalah cinta kau tu. Aku tak nak masuk campur nanti Fikri cakap aku hasut kau pulak. Dah aku nak masuk bilik nak layan mata." Ucap Janna seraya melangkah menuju ke arah biliknya.

Hani hanya mampu mengeluh dan memandang Janna berlalu pergi. Dia bersandar lesu sambil memandang ke arah luar rumah.

DENDAM ASMARAWhere stories live. Discover now