BAB 124

57 6 0
                                    

"𝓜ajlis yang kau cakap hari tu berapa hari bulan Amin?" Tanya Aman selepas dia siap gantung baju yang berada di dalam bag lalu di susun mengikut saiz. Sesekali dia senyum ke arah orang-orang yang lalu lalang di hadapan khemahnya.

"Singgah dulu kak." Gamit Aman dengan senyuman.

Amin berpaling ke arah kembarnya sambil menggaru kepala yang tak gatal.

"Majlis apa?"

"La, yang kau cakap majlis anak kawan kau yang nak kahwin tu. Siap suruh aku menyanyi tu apanya?"

"Oh tu, hujung bulan ni lah. Bila kau nak turun practice?

Aman hanya mengangkat bahu menandakan tak tahu.

"Kenapa?" Tanya Amin.

"Dah tak ada siapa yang roger aku. Takkan aku sorang pula"

"Ajad tak call kau ke?"

"Tak ada pulak. Kenapa dengan Ajad?"

"Aku kan yang bagi job ni dekat Ajad dan Ajad tanya aku sama ada kau free atau tak. Kalau kau free dan boleh turun Kuala Lumpur, dia nak ajak kau practice."

Aman capai kerusi plastik dan melangkah ke arah Amin.

"Masalahnya sekarang ni, dia pun tak call aku apatah lagi nak text aku." Ucap Aman seraya mencucuh rokok.

"Oo okay, tak apa. Nanti aku try tanya dia."

"Tapi kenapa kau panggil Ajad eh?" Tanya Aman seolah ingin tahu.

Amin memandang Aman.

"Tak ada lah. Kan banyak lagi kawan-kawan yang main band. Kenapa Ajad juga yang kau panggil. Dah lah sound dia tak sedap." Ucap Aman lagi.

Amin memandang Aman lantas menggelengkah kepala.

"Amboi kau ni. Selama ni aku dengar si Ajad tu main elok je, apa yang tak sedap pula? Kira okay lah tu dapat juga kau duit poket. Tak payah nak demand lebih-lebih."

Tak dinafikan kembarnya Aman Anaqi memiliki suara yang sedap bila bernyanyi. Selalunya bila kembarnya masuk mana-mana pertandingan akan dapat no satu. Minatnya terhadap nyanyi terserlah sewaktu dia masih budak lagi. Berlainan pula dengan dirinya, walaupun kembar tetapi dia tak memiliki suara sesedap Aman Anaqi. Bukan dia dan Aman Anaqi saja yang minat bernyanyi, kakak-kakaknya pun turut ada minat yang sama. Memiliki darah seni dalam diri.

"Alah aku gurau sikit pun nak marah." Ucap Aman tiba-tiba sambil ketawa.

Dia menyedut rokok dalam-dalam lantas menghembus perlahan.

"Eleh, gurau konon. Aku tahu lah kau tu"

Aman masih lagi dengan sisa ketawa. Kepalanya di angguk perlahan.

"Minggu depan kita akan turun kuala Lumpur. Kau okay tak nak practice dengan Ajad ni?" Tanya Amin minta kepastian. Kalau kembarnya tak nak, dia boleh cari orang lain.

"Aku okay dan set. Aku pun dah lama sangat tak main dekat tempat kenduri ni."

"Okay kalau macam tu confirm ye? Aku bukan apa, kawan aku tu dia cerewet sikit. Aku pun pening kepala. Tambah-tambah mak dia, anything always perfect wo."

Aman ketawa perlahan.

"Ala biasa lah tu, Masa kau kahwin dulu pun semuanya nak perfect. Itu ini tak kena."

"Amboi kau Aman, kenakan aku nampak"

Aman Anaqi ketawa besar.

"Kenyataan kan?" Ucap Aman lagi. Sengaja dia nak kenakan kembarnya itu.

"Masa kau kahwin tu tak ada pula kau nak perfect?" Ucap Amin.

Aman Anaqi berpaling memandang Amin. Senyuman dia tiba-tiba mati. Secara automatik terimbas kembali wajah seseorang perempuan yang hadir di majlisnya dulu. Hatinya tiba-tiba terasa sakit yang teramat sangat.

DENDAM ASMARADonde viven las historias. Descúbrelo ahora