BAB 20

87 11 0
                                    

Janna mendongakkan kepala. Lelaki yang berada di hadapanya kini membongkokkan badan membolehkan dia memandang kedua anak mata lelaki tersebut. Perlahan-lahan dendam dan api dalam dirinya surut. Janna membetulkan diri lantas kepala diangguk perlahan.

"Okay." Ucap Janna perlahan lantas melangkah pergi.

"Jom balik"

Shahrul dan Hisham berpandangan sesama sendiri.

"Eh awal lagi. Air pun kau tak minum lagi." Ucap Shahrul.

"Janna." Panggil Zack perlahan

Janna memandang Shahrul dan Hisham bersilih ganti. Gelora didadanya yang surut sebentar tadi, kini berombak kembali. Dia kenal sangat dengan suara yang memanggil namanya itu. Perlahan-lahan dia menoleh kebelakang. Satu senyuman dihadiah kepadanya.

"Hai" sapa Zack

"Kau nak apa?"

Zack Amin tersentak. Tak menyangka perempuan yang berada didepannya kini berubah bahasanya.

"Aku rasa aku tak ada masalah dengan kau dan kenapa kau muncul depan aku?" Tanya Janna kasar.

"Kenapa you kena cakap macam ni dekat i?"

Janna ketawa, kuat.

"Kenapa? Kenapa aku tak boleh cakap macam itu dekat kau? Kau siapa? Anak raja?" Soal Janna yang masih lagi dengan sisa ketawa.

Zack terdiam. Shahrul yang diam dari tadi terus bangun.

"Bro, lebih baik kau blah" Ucap Shahrul.

"Kau siapa nak suruh aku blah? Ini urusan aku dengan Janna. Aku nak jumpa dia"

Shahrul terus melangkah dan berdiri di hadapan Janna.

"Engkau dah tak ada apa-apa dengan dia dah kan? Kau nak apa lagi?"

"Dia masih tunang aku bro."

Shahrul ketawa.

"Bila masa pula dia ni tunang kau? Kau dengan dia dah tak ada apa-apa lagi dah dan kau jangan lupa yang kau tu suami orang."

Zack terpukul dengan kata-kata Shahrul. Dia mengenggam penumbuk.

"Kau jangan nak cabar aku Shahrul."

"Aku cabar apa ha? Kau dah sakitkan hati dia lepas tu dengan tak tahu malu kau datang sini dan yang paling kelakar kau masih anggap dia ni tunang kau. Bro, kalau betul lah kau ni lelaki sejati, kau tak akan putuskan dia dan berkahwin dengan orang lain. Kau bukan jantan lah bro, kau pengecut."

Muka Zack terus berubah menjadi merah. Belum sempat Zack nak hayun penumbuk, Janna cepat-cepat menghalang.

"Sudah!" Jerit Janna kuat.

Oleh kerana kekuatan suara Janna, semua pelanggan yang berada di Ala Canggung Cafe berpaling ke arahnya.

"Kau memang tak tahu malu ke Zack? Kau blah! Aku dah tak nak tengok muka kau lagi. Dan kau bukan siapa-siapa lagi bagi aku. Ingat, sekali aku dah ludah, aku tak akan jilat balik." Ucap Janna. Dia melangkah dan memandang Zack didepan.

"Kau jangan lupa hinaan kau dan mak kau terhadap aku, Sakit sangat dan pedih sangat dalam hati ini. Cuma satu saja aku nak cakap, selamat pengantin baru. " Ucap Janna perlahan.

Janna berpaling mengadap Shahrul dan Hisham. Tanpa dia sengaja juga, dia turut berpaling memandang lelaki yang tepat memandang ke arahnya. Senyuman di lemparkan. Akhirnya dia memutuskan untuk pergi dari situ.

DENDAM ASMARADonde viven las historias. Descúbrelo ahora