BAB 28

78 9 0
                                    

"Walaupun rupa aku dengan kau sama, kita memiliki banyak persamaan, tapi gaya dan permikiran aku tak akan sesekali sama dengan kau Jessica. Selamat pengantin baru." Ucap Janna lantas melangkah ke arah tangga. Anak tangga dipanjat satu persatu. Sedih dihatinya tak dapat dibendung lagi. Air mata mengalir tanpa di pinta.

Encik Thomas yang dari tadi berdiam, terus bersuara.

"Puas hati?" Tanya Encik Thomas sambil memandang wajah Puan Cherry dan Jessica bersilih ganti.

"Daddy dah pesan banyak kali. If nak bercakap dengan dia, kena cakap elok-elok. Kenapa masih tak mahu nak dengar cakap ni?"

"Jess sakit hati lah daddy."

"You nak sakit hati kenapa Jess? Yang sakit hati sekarang ni your sister"

Jessica terdiam. Dia memandang Encik Thomas dengan perasaan marah.

"Kenapa kita nak kena cakap elok-elok dengan dia?" Tanya Jessica ingin tahu.

"Sebab dulu dia banyak terluka dengan kita semua."

Puan Cherry dan Jessica terdiam. Masing-masing memandang antara satu sama lain.






"𝓗ai.." Sapa Janna selepas dia melihat kelibat Shahrul di parkir kereta tingkat sembilan.

Shahrul berpaling sekilas

"Hai" Balasnya sambil capai beg didalam bonet.

Janna melangkah ke arah Shahrul dan berdiri tegak disebelahnya.

"Are you okay, Shahrul?"

Kepala di angguk berkali-kali.

"Aku okay je. Kenapa tu Janna?" Jawab Shahrul tanpa memandang ke arahnya.

"Kenapa tak nak pandang aku?"

Shahrul hanya tersenyum. Dia terus melangkah pergi. Belum sempat dia nak sampai ke bahagian pintu masuk, tangannya dipegang dari belakang. Shahrul berpaling.

"Did I do something wrong?"

Shahrul tersenyum lagi.

"Nothing, I'm just late. See you later okay?"

Perlahan-lahan lengan Shahrul dilepaskan oleh Janna. Janna hanya memandang kelibat Shahrul hilang dari pandangan mata. Dia berpaling memandang sekitar tempat parkir kereta. Otaknya ligat memikirkan apa kesalahan yang dia sudah lakukan. Lambat-lambat dia mengeluh. Janna mengatur langkah masuk ke dalam ofis. Sampai saja di depan Lif, namanya di panggil.

"Janna"

Dia terus berpaling. Hisham tergopoh gapah berlari ke arahnya.

"Kenapa kau?" Tanya Janna.

"Kau bergaduh dengan Shahrul ke?" Tanya Hisham spontan.

Dahi Janna berkerut.

"Bila masa?"

"Habis kalau kau tak bergaduh dengan dia, kenapa dia macam badmood?" Tanya Hisham

Janna mengeluh perlahan. Kakinya mengatur langkah perlahan seiring dengan Hisham.

"Entah lah aku tak tahu. Tadi pun dia macam nak tak nak je cakap dengan aku. Eh kau kan kawan dia, tinggal satu rumah. Takkan lah kau tak tahu?"

DENDAM ASMARATahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon