BAB 147

51 6 0
                                    

"Ikut awak lah yang" ucap Suraya.

Malas dia nak berbahas lagi.

Amin hanya ketawa. Dia bukan nak berbangga dengan kemenangan yang dia kecapi baru sebentar tadi, tapi dia yakin dengan kembarnya itu.








𝓙anna yang baru selepas solat, kembali duduk dekat katil. Telefon bimbit di capai. App WhatsApp di buka. Nama Shahrul yang dia pin kan, terus di buka.

"Dekat mana?" Tanya Janna seraya menekan butang sent.

Telefon bimbit, dia kembali campak ke atas katil dan dia terus bangun ke arah bag pakaian. Tshirt dan seluar jeans di keluarkan. Dia terus bersiap hendak keluar kerana perutnya sekarang minta di isi. Dari semalam dia tak menjamah apa-apa makanan pun. Dia berpaling memandang ke arah telefon yang berada di atas katil, tak ada tanda-tanda Shahrul membalas text nya. Dia mengeluh perlahan dan mengambil telefon bimbitnya dan simpan ke dalam bag. Kad yang berada di pintu di cabut perlahan. Dia terus melangkah ke arah tangga dan lobi. Di melemparkan senyuman ke arah pekerja hotel tersebut.

"Janna."

Dia berpaling. Seketika kemudian dia tergamam memandang lelaki yang berada di depannya.

"Janna." Panggil Aman lagi

Janna memandang Aman dengan pandangan yang kosong. Tak ada riak di wajahnya. Aman melangkah ke arah Janna dan berdiri tegak di hadapannya.

"Saya tak sangka dapat jumpa awak lagi." Ucap Aman.

Janna mengukir senyuman sumbing. Tanpa berkata apa-apa dia terus berpaling untuk melangkah tetapi Aman cepat-cepat menghalangnya.

"Janna. Saya nak minta maaf dekat awak, Janna."

Janna menarik nafas panjang. Tiba-tiba dia terasa annoying dengan lelaki yang berada di depannya ini.

"Janna, jangan lah diam macam ini. Saya tahu salah saya dan saya minta maaf."

Janna tak mengendahkan apa yang Aman katakan. Hatinya benar-benar sakit dengan apa yang dah berlaku. Janna terus berlalu tetapi tetap di halang oleh Aman.

"Tolong lah jangan pergi." Ucap Aman tiba-tiba.

Hati yang sakit terus mendidih bila Aman kata begitu.

"Kau siapa nak halang aku?" Tanya Janna.

"Ye saya tahu saya bukan siapa-siapa bagi awak. Tapi tolong lah dan saya merayu dekat awak Janna."

Janna ketawa perlahan.

"Merayu? Merayu untuk apa? Sebab?"

"Bagi saya peluang untuk saya tebus segalanya."

"Peluang? Peluang apa?" Tanya Janna seraya berpeluk tubuh.

"Peluang kedua."

Janna terus ketawa kuat. Kuat sangat sampai pekerja hotel yang lalu di situ berpaling memandang ke arahnya.

DENDAM ASMARAWhere stories live. Discover now