BAB 113

58 9 0
                                    

"Boleh ke macam tu?"

Cepat-cepat Farah mengangguk kepala dan tersenyum. Dia buat macam itu sebab dia sendiri keseorangan dan kesunyiaan. Bila adanya Zack, hidupnya kembali bahagia walaupun Zack tu bukan siapa-siapa baginya. Dia memandang wajah Zack yang persis seorang pelakon hollywood, Robert Pattinson. Cuma Zack berkumis sedikit. Dia mencium-cium lengan kanan Zack. Dari lengan naik ke arah leher dan seterusnya tubuh Zack di rangkul kemas. Zack hanya membiar Farah melakukan apa yang dia mahukan. Sementara ingatan nya terhadap Janna hilang sikit demi sikit.







"𝓚enapa ni?"

Hani berpaling selepas ditegur oleh rakan sekerjanya.

"Dari tadi aku tengok kau asyik termenung je. Kau ada masalah ke Hani?"

Hani tersenyum kelat. Lambat-lambat dia menggelengkan kepala.

"Aku okay jelah."

"Ye ke okay? Nampak macam tak okay je."

Hani berkerut dahi memandang Milah yang berada di hadapannya. 'Kepoh betul lah minah ni' omel Hani dalam hati.

"Esok kan raya haji. Aku ingat nak ambil cuti balik raya tapi itu lah, aku dah banyak ambil cuti jadi rasanya kena kerja kot esok. Jadi sebab itu lah aku termenung."

"La sebab itu je ke?"

"Iye lah habis kau ingat aku termenung sebab apa?"

"Sebab pakwe kau ke?"

Hani ketawa perlahan.

"Hello aku ni masih lagi single tau. Buat masa sekarang aku malas nak bercinta bercouple apa semua."

Milah menjeling sambil mencebik bibir.

"Hmm aku tak percaya lah dekat kau ni, Hani. Kau cakap je nak single, tup-tup esok dah ada penganti. Cepat betul buat kerja." Seloroh Milah dengan ketawa perlahan.

"Haha! Yang tu kau ye. Kau yang selalu buat macam itu."

"Ye ke aku?"

"Ye lah, Kau yang selalu buat macam itu. Hari ni tiba-tiba kau mengadu yang kau dah putus cinta. Tiba-tiba esok kau cakap nak pergi dating. Upload kat story 'my new boyfriend'. Apo?"

Milah ketawa kuat. Nasib tak bergegar bangunan hospital tersebut.

"Hidup ni Hani, kena pandai dan pantas. Baru happiness."

"Banyak lah kau punya happiness. Diaorang semua tu nak tubuh kau je bukan nak bercinta sangat dengan kau. Takkan itu kau tak boleh fikir."

"Diaorang nak tubuh aku dan aku nak duit diorang. Tak ada masalah apa pun bagi aku. Janji rahsia ni pandai makan, pandai lah simpan."

Hani merapatkan wajahnya sedikit.

DENDAM ASMARAWhere stories live. Discover now